Wednesday 2 September 2015

YURAN KEBODOHAN.

Yuran kebodohan ialah sejumlah amaun yang terpaksa anda belanjakan hasil dari sikap tergopoh-gapah dan tamak haloba anda dalam mencari keuntungan dengan emas.

Ada banyak contoh dan situasi yuran kebodohan dengan emas :

1. Anda melabur tunai anda dalam jumlah yang besar atau anda serahkan emas milik anda kepada orang lain, semata-mata mengharapkan keuntungan yang tidak masuk akal. Akhirnya, wang emas anda lesap entah ke mana.

2. Anda membeli emas dengan harga yang lebih mahal dengan alasan bahawa itu adalah wang pendaftaran atau untuk anda mendapatkan belian seterusnya dengan harga yang lebih murah. Anda tanpa sedar telah mengumpul emas yang sedikit dengan perbelanjaan yang tinggi.

3. Anda membeli emas dengan harga yang lebih rendah tetapi emasnya hanya akan anda terima selepas beberapa lama (biasanya seminggu, 2 minggu, 3 minggu, sebulan atau 2 bulan). Anda berhadapan risiko kehilangan duit dan emas sekaligus.

4. Anda mengikuti kursus-kursus atau seminar-seminar berbayar yang menaikkan semangat anda semata-mata tanpa ditunjukkan cara bagaimana untuk berjaya. Pulang dari kursus, anda bersemangat 2 atau 3 hari tetapi selepas itu anda dapati bahawa anda kekurangan sesuatu bagaimana CARA untuk berjaya!

5. Anda terkhilaf samada untuk mengumpul gram atau mengejar komisyen kerana nilai komisyen yang tinggi (ini juga hasil mengapa anda membayar dengan harga yang lebih mahal dalam nombor 2 di atas). Akhirnya anda keletihan kerana komisyen yang dikejar tidak berjaya dipungut dan gram emas milik anda pula tidak seberapa.

Anda boleh elakkan diri dari membayar yuran kebodohan dengan menggunakan platform yang betul dan selamat seperti Public Gold. Ini kerana :

1. Model perniagaan Public Gold ialah jual beli emas fizikal.

2. Tiada yuran keahlian yang bukan-bukan.

3. Harga mengikut harga semasa pasaran emas dunia.

4. Seminar anjuran Public Gold adalah PERCUMA.

5. Anda diajar menjadikan emas sebagai pelindung kekayaan dan matawang sebenar, bukan menjana kekayaan melalui komisyen dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment