Wednesday 2 September 2015

TEKNIK PEMURATAAN HARGA DENGAN EMAS.

Ada seseorang bertanyakan saya perihal ibunya yang membeli 1 dinar ketika harganya RM700. Apa yang boleh dibuat sekarang memandangkan harga semakin turun?

Saya cadangkan kepada beliau supaya ibunya membeli secara konsisten pada setiap bulan, pada apa harga sekalipun. Selepas itu diambilh average supaya akhirnya dia tahu bahawa harga beliannya secara purata tidaklah seperti yang dia sangkakan.

Sebagai contoh:

Mac RM700
April RM650
Mei RM600
Jun RM550
Julai RM600
Ogos RM640
Sept RM600

Maka RM4340 / 7 = RM620

Harga sebenar bagi 7 dinar yg dibeli ibunya selama 7 bulan hanyalah RM620 sahaja. Jadi usahlah dirisaukan sangat tentang turun naik harga jika kita adalah penyimpan secara konsisten.

No comments:

Post a Comment