Wednesday 2 September 2015

APA ITU SPREAD?

Ramai orang yang keliru tentang spread. Pemahaman ramai, spread ialah nilai peratus yang ditolak ketika kita mahu menjual semula emas kita.
"Kalau kita nak jual balik emas ini, berapa percent Public Gold akan tolak?"
Di Public Gold, pemahaman tentang spread bukan begitu. Spread cumalah beza harga belian dan jualan pada satu-satu masa. Jika kita ingin menjual semula emas kita kepada Public Gold, ia akan merujuk kepada harga belian balik semasa ketika itu. Beza harga atau spread ketika itu tidak relevan lagi.
Sekiranya harga belian balik lebih rendah dari harga ketika kita beli dahulu, maka kita akan rugi. Jika harga belian balik lebih tinggi dari harga ketika kita beli dahulu, maka kita akan untung.
Public Gold tidak akan menolak sedikit pun dari harga belian balik ketika kita hendak menjual. Kalau kita menjual sebagai dealer, Public Gold akan tambah lagi 0.3% keuntungan kepada harga belian balik tersebut.
Untung bukan? Sebab itu Public Gold platform terbaik emas fizikal.

No comments:

Post a Comment