Wednesday 2 September 2015

JANGAN JADI PANIC BUYER DENGAN EMAS.

Stesen minyak dijangka penuh malam ini. Semua orang mula membeli minyak kerana akan ada kenaikan. Beli minyak sekarang, sebelum ia menjadi mahal esok. Fenomena ini dipanggil fenomena "panic buyer".
Dalam pasaran emas, fenomena serupa juga kerap berlaku. Apabila harga emas mula naik, maka berduyun-duyunlah orang mula membeli emas, dengan harapan harga akan naik lebih tinggi. Ketika itu jugalah, skim-skim cepat kaya berasaskan emas akan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Masih ingatkah tuan-tuan dengan skim seperti Genneva?
Skim itu mendapat sambutan hasil dari fenomena panic buyer tersebut. Tidak lama selepas itu skim itu pun berkubur dengan sendirinya. Orang yang telah membeli emas ketika harga naik mula merungut kerana harga telah tidak naik seperti yang diharapkan.
Moral of the story, jangan sekali-kali jadi panic buyer. Membelilah emas ketika harga rendah seperti sekarang. Harga rendah untuk dibeli, harga tinggi untuk dijual. Mudah bukan?

No comments:

Post a Comment