Wednesday 2 September 2015

PERKHIDMATAN PUBLIC GOLD.

Public Gold International Bhd adalah sebuah syarikat pengeluar emas tempatan yang berpengkalan di Pulau Pinang. Perniagaan utamanya ialah penjualan dan pembelian emas dan perak fizikal. Selain dari itu Public Gold juga menawarkan pelbagai perkhidmatan lain seperti :

1. Peti Simpanan Keselamatan (Safe Deposit Box). Ini akan memudahkan para pelanggannya untuk menyimpan emas fizikal mereka sekiranya berhajat. Public Safe setakat ini hanya ditawarkan di Cawangan Relau, Pulau Pinang tetapi boleh dilanggan oleh semua pelanggan dari seluruh negara. Selain dari itu, ia juga bekerjasama dengan beberapa syarikat peti keselamatan seperti Royal Safe Deposit. Pelanggan boleh terus menghubungi syarikat-syarikat tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

2. Public Gold juga menerima tempahan mengikut permintaan. Sebagai contoh, Jika ada syarikat yang ingin menjadikan emas sebagai hadiah korporat, mereka boleh menempah secara ekslusif dari Public Gold. Ini termasuklah pengiktirafan yang diterima daripada Kerajaan Malaysia sendiri yang begitu yakin dengan Public Gold sehingga ia dilantik untuk mengeluarkan Syiling Peringatan sempena pertabalan Yang Di Pertuan Agong.

3. Tempahan emas untuk kegunaan insdustri juga ada ditawarkan oleh Public Gold. Banyak syarikat tempatan samada di Pulau Pinang atau di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan ini.

4. Public Gold juga mempunyai Muzium Emasnya sendiri. Muzium itu adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Pelbagai keseronokan bakal dinikmati oleh pengunjung yang berpeluang melawatnya. Ia terletak di Leboh Bishop, Pulau Pinang.

5. Tidak lama lagi, Public Gold juga akan melancarkan Online Mall untuk semua pelanggan membeli dan memasarkan produk masing-masing secara atas talian. Uniknya platform ini ialah, setiap urusniaga akan menggunakan gram emas sebagai medium pertukaran. Bagus bukan? itulah matawang sebenar.


No comments:

Post a Comment