Wednesday 2 September 2015

KUASA BELI EMAS.

Jika dahulu harga sebuah rumah ialah RM100k, harga sekarang ialah RM500k. Apa telah berlaku? Adakah harga rumah telah meningkat? Atau adakah nilai tanah telah menjadi semakin tinggi?
Rupa-rupanya bukan harga rumah semakin mahal, bukan juga nilai tanah semakin meningkat. Tetapi nilai tunai semakin hari semakin menurun. Lalu kita memerlukan lebih banyak wang tunai untuk membeli sebuah rumah yang sama saiznya. Keperluan kepada lebih banyak "keping" wang tunai ini dikenali sebagai susutnilai atau bahasa ekonominya sebagai inflasi.
Ketika saya masih kecil (sekitar awal 80an) dengan wang kertas RM4 kami adik beradik boleh membeli aiskrim cornetto sebanyak 5 batang kerana harganya ialah 80 sen sebatang. Perjatikan hari ini. Harga aiskrim yang sama saiznya ialah RM2.50 sebatang (yang paling murah). Kaedah yang sama juga digunapakai.
Ada bijak pandai pernah menyimpulkan. Suatu hari, wang kertas hanyalah layak digunakan sebagai wallpaper. Saya rasa teori ini benar. Jika tidak, mana mungkin semua negara melalui bank negara masing-masing sibuk menyimpan stok emas? Kita sahaja tertipu dengan bank dan menyimpan tunai kita dengan mereka, semata-semata untuk mendapat pulangan yang tidak sampai 1% setahun. Zalim bukan? Padahal "reserve" mereka bukan wang tunai kita tetapi mereka menyimpan jongkong emas sebagai reserve.
Sebab itu orang yang bijak menyimpan emas. Sebab itu juga, bakal isteri yang bijak akan meminta mas kahwin atau hantaran dalam bentuk emas atau dinar. Kerana apa? Kerana emas menyimpan nilai. Jika dahulu harga sebuah rumah ialah 5 kilo emas, harga rumah sekarang tetap 5 kilo emas. Cuma dahulu 5 kilo emas mungkin bernilai RM100k, tapi sekarang 5 kilo bernilai lebih dari RM500k.
Nampak tak permainan emas? Kalau anda semua sudah nampak, apa ditunggu lagi. Bertukarlah sekarang. Bukan sebelum nasi menjadi bubur, tetapi sebelum wang kertas anda menjadi wallpaper.

No comments:

Post a Comment