Wednesday 16 September 2015

NILAI DAN KUASA BELI ANTARA RM DAN EMAS FIZIKAL

Simpanan tunai bukan sahaja berfungsi sebagai simpanan semata-mata tetapi penyelamat di kala kesuntukan wang. Tiada siapa tahu pada masa hadapan, seseorang itu mengalami keadaan yang mendesak baginya untuk menggunakan wang yang banyak.

Dalam dunia moden, wang bukan dikira semata-mata kepada apa nombornya (0 hingga 9) tetapi ia dikira berdasarkan apa yang boleh dibeli dengan nombor 0 hingga 9 itu tadi. Apabila dibincangkan kuasa beli tunai, maka banyak faktor lain akan turut dibincangkan seperti kejatuhan nilai tunai, kenaikan harga barang, kadar inflasi dan seumpama dengannya.

Sebab itu kita lihat - sebagai perbandingan - harga rumah 10 atau 20 tahun lepas sangat berbeza dengan apa yang ada sekarang. Dulu, dengan wang sejumlah RM100,000.00 kita mungkin sudah boleh mendapatkan sebuah kondominium mewah di ibu kota. Tetapi harga sebuah apartment bertaraf studio hari ini sudah mencecah RM350,000.00 sebuah. Apa sudah terjadi?

Sama juga perbandingannya apabila seseorang yang mengambil loan ASB selama 25 tahun. Komitmen bulanannya mungkin mencecah RM1500 sebulan, demi untuk mendapatkan RM300,000.00 di akhir tempoh pinjaman. RM300,000.00 mungkin nampak besar pada angka, tetapi perhatikan nilai dan kuasa belinya. Jika diambil contoh apartment studio di atas sebagai perbandingan, RM300,000.00 sekarang pun kita tidak mampu untuk membelinya, bayangkan pula 10 25 tahun akan datang!


Emas Fizikal Sebagai Alternatif.

Jalan keluar kepada kemiskinan nilai tunai tadi ialah dengan kita mula membeli aset mampu milik seperti emas. Kuasa beli emas sejak turun temurun telah terbukti. Sebagai contoh, harga seekor kambing bersaiz sederhana ialah 1 Dinar sejak dari zaman Nabi Muhammad saw sehingga ke hari ini. 1 Dinar 999 jika ditukar kepada nilai RM ialah lebih kurang RM700. Hebat bukan?

Sebab itu tindakan menyimpan emas fizikal adalah tindakan yang bijak. Nilai segram emas pada tahun 2000 mungkin RM40 segram. Ini bermakna 1 kg emas ialah RM40,000.00. Pada tahun 2000 RM40,000.00 mungkin sudah mampu membeli sebuah kereta bersaiz sederhana seperti Mivi. Dan jika disimpan RM40,000.00 itu sekarang, mungkin sudah tidak cukup untuk membeli sebuah Mivi pun.

Hari ini, harga segram emas 999 ialah RM166. Ini bermakna harga 1 kg emas ialah RM166,000.00. Jika diambil harga sebuah Mivi tadi, maka kita sudah boleh membeli 4 buah Mivi dengan 1 kg emas. Ajaib bukan?


Kejatuhan Nilai RM Berbanding USD.

Ramai beranggapan yang kita tidak akan terkesan dengan kejatuhan nilai RM berbanding USD kerana kita berurusniaga dengan menggunakan RM. Sepintas lalu memang benar. Tetapi lambat laun kita akan merasai juga kesannya kerana urusniaga harian kita yang berskala kecil rupa-rupanya ada hubungkait dengan pembekal dan pemborong yang berurusniaga menggunakan USD. Semakin tinggi kos mereka, semakin mahal pula harga barang yang akan dikenakan terhadap pihak kedua, ketiga dan seterusnya. Ini akan menaikkan harga barang. Beban ini akan menjadi 2 kali ganda kerana kita turut berurusniaga menggunakan RM yang jatuh nilainya.


Simpanan Tetap RM vs Simpanan Tetap Emas Fizikal.

Setelah kita mengetahui bahawa RM tidak menyimpan nilai dan terdedah kepada inflasi, sewajibnya kita beralih kepada simpanan yang lebih stabil. Semakin banyak RM dicetak, maka semakin rendah pula nilainya. Berbeza dengan emas fizikal, ia tidak boleh dicetak atau dicipta sesuka hati. Turun naik harga emas dunia pula akan memberi kesan kepada nilai emas dalam berat dan timbangan.

Purata pulangan kepada simpanan tetap di bank ialah antara 3 ke 4 peratus sahaja setahun. Tetapi dengan emas fizikal, kita bukan sahaja mendapat emas fizikalnya, tetapi kenaikan antara 0.5% setiap kali (sebelum ia turun dan naik kembali secara berulang-ulang) sudah cukup baik bagi mana-mana pelabur. Jika apa-apa berlaku, harga emas tidak akan turun lebih rendah dari harga lombong. Jika harga emas turun lebih rendah, 2 kemungkinan akan berlaku :

1. Lombong ditutup
2. Emas tidak boleh dikeluarkan

Kesan langsung dari 2 situasi di atas ialah akan wujud permintaan yang melebihi pembekalan. Jika ini berlaku, harga emas akan melambung tinggi.

Saya pernah menguruskan simpanan tetap beberapa syarikat yang mempelbagaikan pelaburan mereka termasuklah dengan emas fizikal. Hasilnya, mereka menjadi pelabur yag tenang. Tambahan pula dengan sejumlah wang yang mereka laburkan - lebih dari RM2 Juta - mereka layak pula mendapat insentif berjumlah 2.3% dari nilai belian dan jualan mereka dengan Public Gold. Itu tidak termasuk untung ketika jualan apabila tiba masanya. Ini terbukti lebih baik dari pulangan simpanan tetap.

Bertukarlah kepada emas fizikal sekarang sebelum semuanya sudah terlambat.

17 September 2015

Layari juga Facebook Khairul Anuar Basri
Layari juga Fan Page Ustaz Emas dan Dinar
Layari juga Fan Page Al-Anwar Resources
Layari juga Page Klinik Al-Fatihah
Layari juga Page Ustaz GC Tea

No comments:

Post a Comment