Wednesday 2 September 2015

RAHSIA BERJAYA DENGAN EMAS.

Secara ringkasnya saya kongsikan beberapa tips:
1. Kejayaan tidak datang bergolek dalam waktu yang singkat. Mungkin bagi sesetengah orang, nasibnya lebih baik dari yang lain. Apa yang penting kesabaran mesti ditanam dari mula kita menceburkan diri dalam perniagaan emas ini. Rata-rata yang berjaya - saya lihat - mengambil sekitar 4 ke 5 tahun untuk nampak hasil usaha kerasnya selama ini.
2. Tujuan utama mula membeli emas perlu jelas. Emas pada asalnya bukan untuk dijadikan sumber kekayaan. Tetapi ia berfungsi sebagai pelindung kekayaan sedia ada. Jika tujuan ini jelas, hati kita akan menjadi lapang dan kejayaan lebih mudah dikecapi.
3. Ilmu asas tentang produk emas yang menjadi pilihan perlu dikemaskini setiap masa. Bila-bila masa jika ada yang bertanya, segala-galanya berada di hujung jari kita.
4. Gunakan segala kelebihan yang ada pada kita untuk berkongsi maklumat yang betul tentang emas. Jika pandai menulis, blog dan laman sosial boleh diberi tumpuan. Jika mahir berbahasa, beberapa sesi minum teh tarik boleh diusahakan seberapa kerap yang mungkin.
5. Cari pembekal emas yang tidak ada masalah dari sudut risiko dan undang-undang. Kestabilan syarikat yang menjual emas kepada kita akan menjadikan duit kita selamat dari sebarang ancaman.
6. Emas fizikal adalah segala-galanya. Pastikan bila kita membeli emas, kita mendapat emas. Pastikan juga setiap sen duit yang kita belanjakan, ianya bertukar bentuk emas yang tidak kurang sedikit pun gramnya.
7. Yang paling penting, seboleh mungkin pastikan segala urusan perniagaan emas kita bebas riba dan mematuhi Shariah. Inilah punca sebenar keberkatan yang membezakan kekayaan dan keberkatan. Apa yang penting, hidup kita senang walaupun kita tidak kaya!

No comments:

Post a Comment