Wednesday 2 September 2015

KENALI PEMILIK BLOG.

MOHAMED KHAIRUL ANUAR BIN MOHD BASRI yang dilahirkan di Kota Bharu Kelantan pada 19 Januari 1978, merupakan seorang Al-Hafiz profesional yang serba boleh. Beliau mengambil bacaannya dari gurunya Syeikh Ashri Al-Barleysi secara talaqqi musyafahah hafazan dan sanadnya bersambung kepada Rasulullah saw.

Antara guru-gurunya yang terkenal yang pernah beliau mempelajari Al-Quran ialah Syeikh Abdullah Basfar, Syeikh Sobah, Dato' Hasan Azhari, Dato' Mohd. Hasri, Ustaz Azahari Osman, Ustaz Mohd Nor Besar, Ustaz Zainal Abidin Ahmad dan lain-lain.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas berkhidmat di peringkat pengurusan di pelbagai institusi kewangan Islam tempatan dan antarabangsa, antaranya Kuwait Finance House Malaysia Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad, CIMB Investment Bank Berhad, BNP Paribas Malaysia Berhad dan Koperasi Muslimin Malaysia Berhad. Beliau juga pernah dianugerahkan “High Potential Employee” sebagai menghargai potensi dan sumbangan beliau.

Beliau adalah pemegang Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat daripada Darul Quran, JAKIM. Sebagai pelajar terbaik Darul Quran pada tahun 1999, beliau berjaya menamatkan hafazan 30 Juzuk Al-Quran dalam masa 1 tahun 6 bulan. Sejurus selepas itu, beliau diterima masuk ke Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan menyambung pengajiannya di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana. Hasil tungkus lumus beliau selama 5 tahun di sana, beliau berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Ijazah Sarjana Perbandingan Undang-Undang. Sekarang beliau dalam proses menyambung pengajiannya ke peringkat PhD.

Pernah mewakili negara ke Pertandingan Tahfiz Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Mekah, Arab Saudi pada tahun 1997 dan Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada tahun 1999, beliau terlibat dalam program-program latihan kepada pelbagai peringkat umur. Sebagai seorang profesional yang mempunyai latar belakang yang pelbagai, beliau sering dijemput untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau dalam bidang-bidang berkaitan Al-Quran, kewangan Islam, pengurusan dan sebagainya. Beliau juga sering tampil di kaca televisyen dan stesen radio untuk mengisi beberapa program terbitan RTM, TV3, TV9, Astro Oasis, TV Al-Hijrah, Radio IKIM, Bernama Radio24 dan lain-lain. Beliau juga giat menulis di akhbar dan majalah tempatan.

Pada bulan Ramadhan biasanya beliau akan dijemput sebagai Imam Solat Terawih di masjid-masjid di sekitar ibu kota seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Masjid As-Syakirin, KLCC dan lain-lain. Kenangan paling manis beliau ialah apabila dijemput sebagai imam di Masjid Al-Hidayah, Perth, Australia pada tahun 2003.

Beliau juga telah berjaya merakamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran dalam bentuk CD dan ini merupakan produk pertama di dunia bacaan qari dari Malaysia. Rakaman ini mendapat pengiktirafan dan kelulusan dari Lujnah Pentashih Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri, Malaysia.

Beliau boleh bermain semua jenis sukan, disamping mempunyai suara yang menarik. Beliau juga meminati sukan permotoran termasuk kereta dan motosikal berkuasa tinggi. Sekarang beliau bertugas sebagai Pengarah Urusan, Al-Anwar Resources.

LATARBELAKANG PENDIDIKAN

1. 2004 - 2005 - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - Ijazah Sarjana Perbandingan Undang-Undang.

2. 2000 - 2005 - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - Ijazah Sarjana Muda Syariah.

3. 2000 - 2004 - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.

4. 1997 - 1999 - Darul Quran JAKIM - Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat.

5. 1991 - 1995 - SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu, Terengganu.

6. 1985 - 1990 - SK Pusat Jerteh, Besut, Terengganu.

7. 1984 - TASKI ABIM, Besut, Terengganu.

SEJARAH KERJAYA

1. 2013 - 2014 - Ketua Pegawai Eksekutif, Koperasi Muslimin Malaysia Berhad.

2. 2012 - 2013 - Naib Presiden, Pematuhan Syariah, BNP Paribas Malaysia Berhad.

3. 2010 - 2012 - Pengurus Kanan, Pematuhan Syariah, CIMB Investment Berhad.

4. 2008 - 2010 - Ketua Jabatan Syariah, HSBC Amanah Malaysia Berhad.

5. 2005 - 2008 - Penolong Pengurus, Pematuhan dan Semakan Syariah, Kuwait Finance House Malaysia Berhad.



AKTIVITI SEMASA

1. Ahli Majlis Pengawasan Syariah, Mitsui Sumitomo Banking Corporation Malaysia Berhad.
2. Penasihat dan Perunding Syariah, PMB Tijari Berhad.
3. Perunding Syariah, NK Systems Sdn. Bhd.
4. Penasihat Perniagaan, D'Hajjah Boutique.
5. Penasihat Perniagaan, Koperasi Harmonis Sentosa Selangor Berhad
6. Authorised Master Dealer, Public Gold Malaysia Berhad.
7. Certified Spiritual NLP Practitioner.
8. Penceramah Bebas.
9. Imam Jemputan Terawih Bulan Ramadhan.
10. Khatib Jemputan.
11. Mutawwif.
12. Trainer

PENCAPAIAN

1. Giat berceramah dan membentangkan kertas kerja berkaitan Al-Quran, muamalat Islam dan pembinaan modal insan di serata pelusuk negara.

2. Merakamkan bacaan Al-Quran 30 Juzuk dalam bentuk CD yang mendapat pengiktirafan Lembaga Pentashih Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri sebagai rakaman pertama qari dari Malaysia.

3. Pernah menjadi imam terawih jemputan di Perth, Australia.

4. Lujnah Penstahih, Persatuan Maahad Tahfiz Negeri Selangor.

5. Jemaah Hakim, Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan.

6. Johan, Pertandingan Tilawah Al-Quran Antara Institusi Kewangan Islam dan Takaful 2006 dan 2007.

7. Anugerah "High Potential Employee", Kuwait Finance House Malaysia Berhad 2006.

8. Anugerah Khidmat Masyarakat, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2004.

9. Mooter Terbaik, Pertandingan Moot Syariah, Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2003.

10. Pelajar ke 2 Terbaik Keseluruhan, Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat, Darul Quran JAKIM 1999.

11. Mewakili Malaysia ke Pertandingan Tahfiz Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Dubai, Emiriah Arab Bersatu 1999.

12. Tempat ke 4, Pertandingan Tahfiz Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Mekah, Arab Saudi 1997.

13. Pelajar Mithali SPM 1995, SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu, Terengganu.

14. Naib Johan Kebangsaan, Pertandingan Tahfiz Mengikut Qiraat, Ihtifal SMKA 1995.

15. Johan Kebangsaan, Pertandingan Tahfiz Sekolah-Sekolah Menengah 1994.

16. Johan Negeri Terengganu, Pertandingan Forum Remaja Sekolah-Sekolah 1994.

17. Johan Negeri Terengganu, Pertandingan Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah Rendah 1990.



No comments:

Post a Comment