Thursday 31 December 2015

Tahun Baru 2016

TAHUN BARU.

Tahun baru datang
Tahun baru menghilang
Masa bergerak begitu pantas
Umur bertambah pintas memintas

Apa ada pada umur?
Bukankah itu hanyalah nombor?

Tahun lama ditinggalkan sedikit demi sedikit
Penuh sarat dengan cerita suka duka bahagia dan sakit
Dosa pahala ibadah dan maksiat semua dicatit
Oleh sang penulis tak pernah perit

Lalu jiwa pernahkah kau melihat sejenak ke belakang?
Waktu yang berlalu pergi adakah lurus jalanmu atau tempang?

Oh jiwa oh badan
Berapa lama lagikah masa yang tinggal untuk dihabiskan?
Dalam ingkar atau ketaatan
Supaya akhirnya bertemu riang dengan Sang Tuhan

Duhai Allah yang maha dermawan
Pandanglah aku dengan sedikit belas kasihan
Kurniakan aku masa dan kekuatan
Selesaikan segala kewajiban dan hutang piutang
Taubat nasuha dan segala kesolehan
Agar mataku tertutup rapat dalam kesyukuran
Kembali menghadapMu dalam ketenangan

Duhai jiwa yang tenang
Pulanglah kepada Tuhanmu
Kamu redha dan diredhai
Masuklah dalam kumpulan hambaKu
Masuklah dalam syurgaKu

Khairul Anuar Basri
1 Januari 2016



Wednesday 30 December 2015

KEGAWATAN EKONOMI ADALAH KEGAWATAN TUNAI.

TAHUN 2015 YANG GAWAT EKONOMI KEPADA TAHUN 2016 YANG MASIH BELUM PASTI.

Semua bercakap tentang gawat. Gawat sana, gawat sini. Dengan bebanan kos sara hidup tinggi yang mesti ditanggung, nilai RM yang merudum pula semakin memburukkan keadaan.

Risiko kemiskinan tanpa sedar ini memerlukan penyelesaian dan jalan keluar. Al-Quran menceritakan dalam Surah Yusuf ayat 43 - 49 tentang pengurusan simpanan dalam musim gawat yang tidak menentu.

Kerana percayakan tunai sebagai simpanan yang ampuh, ada yang sanggup mencipta hutang demi untuk menjana sejumlah besar wang. Sebagai contoh, loan ASB dengan bayaran RM1500 sebulan selama 25 tahun untuk mendapat RM300,000 selepas itu.

Mengapa tidak dibeli emas fizikal sebanyak RM1500 sebulan selama 25 tahun? Jika diambil RM150 sebagai harga segram emas, selepas 25 tahun beliau sudah berjaya mengumpul sebanyak 3 kilogram emas!

Nilai RM300,000 pada masa sekarang pun sudah tidak dapat membeli walau seunit apartment, apa lagi 25 tahun akan datang!

Nilai segram emas sekarang mungkin RM160. Siapa tanu nilai segram emas 25 tahun akan datang?

Bercakaplah dengan saya.

www.KhairulAnuarBasri.blogspot.com


#emasfizikal #tipsimpananemas #ultimatewealthprotect

Sunday 27 December 2015

EMAS : TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Emas seringkali dikaitkan dengan kekayaan. Orang yang menyimpan banyak emas, akan dilihat sebagai orang kaya. Nilainya pula diiktiraf walau di mana negara mana saja kita berada. Umumnya, manusia mengiktiraf emas sebagai berharga.

Ada orang melihat emas sebagai perhiasan. Ada pula yang melihatnya sebagai simpanan. Tidak kurang pula yang melihat emas sebagai instrumen pelaburan yang terdedah kepada untung atau rugi.

Secara dasarnya, emas adalah aset. Sebagaimana kita melihat rumah, tanah dan sebagainya sebagai aset, kita juga perlu melihat emas sebagai salah satu bentuk aset yang boleh kita kumpul. Jika rumah atau tanah memerlukan modal yang sangat besar untuk dimulakan pembelian, emas pula boleh mula dikumpul dengan hanya 1 gram. Yang pentingnya ialah bermula.

Ada orang yang takut untuk menyimpan emas kerana sebab keselamatan. Sebenarnya, apa saja aset yang bernilai akan datang dengan risiko keselamatan. Makin bernilai aset itu, makin tinggi dan pelbagailah risikonya. Sesuai dengan nilainya yang sangat tinggi, emas juga datang dengan risiko yang perlu kita fikir cara mengawalnya.

Ramai orang mahu jadi kaya tetapi seringkali memikirkan kaya itu dari sudut banyak duit saja. Sedangkan sebenarnya duit sangat mudah terdedah kepada inflasi dan susutnilai. Nampak banyak di mata tetapi sangat rapuh dan nipis nilainya.

Belajarlah mengumpul emas dari sekarang. InsyaAllah, semakin lama dan banyak anda menyimpan, semakin terserlah rahsia dan kelebihan emas yang akan anda ketahui.

Saturday 19 December 2015

SEMINAR AL-QURAN BERGERAK : Bergurulah Walaupun Anda Seorang Guru

Ramai yang ambil mudah dengan belajar Al-Quran. Tidak kira siapa kita, susah kadang-kadang hendak rendahkan diri mencari guru untuk membetulkan bacaan. Nabi Muhammad SAWA sendiri berguru dengan Jibril AS demi memastikan ketepatan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Amat memalukan pula bila ada agamawan, guru-guru Al-Quran, bahkan para penghafaz Al-Quran yang dipandang tinggi oleh masyarakat kerana kepetahan berbicara dalam hal agama, tetapi tidak mahir dan seringkali cuai apabila mengungkapkan firman Allah SWT. Lebih parah lagi apabila ditolak menjadi imam, bacaannya berada pada tahap GAGAL!

Jadi, seminar ini datang untuk meningkatkan kesedaran, betapa kritikalnya mencari guru Al-Quran, walaupun anda telah pun menjadi guru. Ramai ibu bapa yang sibuk mengupah guru Al-Quran untuk anak-anak tetapi lupa dengan diri sendiri.

Tunggu apa lagi? Segerakan mendaftar di https://bit.ly/seminaralquranbergerak untuk membuka asbab hidayah Allah kepada kita.

Saturday 7 November 2015

DOA MUDAH MENDAPAT ZURIAT

TADABBUR ALA KAMPUNG.

Surah Al-Anbiya' ayat 89 dan 90.

"Dan ingatlah kisah Zakariya as, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, "Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup sendirian tanpa keturunan dan Engkaulah sebaik-baik pewaris"

"Maka Kami kabulkan doanya, dan Kamii anugerahkan kepadanya Yahya as, serta kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya, mereka bersegera dalam membuat kebaikan dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh berharap lagi cemas. Dan mereka orang-orang yang khusyu' kepada kami".

PENGAJARAN.

1. Doa yang sangat baik diamalkan untuk mendapat zuriat ialah doa Nabi Zakariya as yang berbunyi :

رَبِّ لا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ 

2. Selain dari doa yang tersebut di atas, Allah menggariskan beberapa lagi kualiti orang yang Allah kabulkan doa mereka seperti :

(i) Bersegera dalam melakukan kebaikan.
(ii) Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harap dan cemas.
(iii) Hati mereka sentiasa khusyu' kepada Allah iaitu mengingati Allah tanpa jemu dan berputus asa.


Renung-renungkan dan selamat beramal.

8 Nov 2015.

Saturday 10 October 2015

APA PATUT DILAKUKAN BILA HARGA EMAS NAIK?

Saya ada menerima soalan daripada follower Fanpage Facebook saya Ustaz Emas dan Dinar. Soalannya berbunyi begini :

Assalamualaikum Ustaz.

Sekiranya saya ingin menjual semua emas yang saya beli, adakah berbaloi? Saya perlukan nasihat samada menambah pelaburan atau menjual saja sebab harga emas sedang tinggi sekarang ini. Saya perlukan nasihat pakar.


Jawapan saya :

Faktor utama untuk menentukan samada emas dalam genggaman patut dijual atau sebaliknya ialah posisi pemilik emas.

1. Sekiranya pemilik itu adalah PENYIMPAN dan tiada keperluan mendesak untuk menjual emas miliknya, maka biarkan saja emas itu di situ. Jika ada lebihan tunai, pembelian tambahan adalah pilihan yang bijak kerana penyimpan sentiasa menambah berat emasnya dari masa ke semasa.

2. Sekiranya pemilik itu adalah PELABUR, perlu kepada sedikit kira-kira. Sila perhatikan berapa harga buy back (belian balik) Public Gold dan berapa berat terkumpul sekarang. Adakah berbaloi?
Katakanlah, dengan harga belian balik Public Gold tadi, untung atas segram ialah RM5, maka perlu dikira dengan teliti.

Jika berat terkumpul mencecah ratusan gram, maka sangat berbaloi jika didarab dengan RM5. Jika berat terkumpul kurang dari seratus gram, maka saya fikir ia tidak berbaloi.

3. Sekiranya pemilik tadi posisinya ialah PEDAGANG, maka apa saja kenaikan walaupun RM1 adalah untung yang perlu diambil kira. Apabila menjual, asingkan untungnya daripada modal. Dengan modal tersebut, beli sahaja emasnya sekarang atau tunggu harga emas turun sedikit barulah mula membeli semula.

Asasnya ialah, berat emas memainkan peranan sangat penting. Besar beratnya, besar pula nilai keuntungannya. Jawapan di tangan anda. Harga emas memang ada kenaikannya.

Tetapi situasi kenaikan sekarang bukanlah kenaikan sebenar yang signifikan. Ia adalah kenaikan yang disebabkan kelemahan RM berbanding USD. Secara amnya, harga pasaran emas dunia masih terlalu murah.

11 Oktober 2015.


PUBLIC GOLD : PENJUAL DAN PEMBELI EMAS YANG TERBAIK.

BELI EMAS MESTI DARI PEMBELI EMAS JUGA.

Kita tahu bahawa harga emas memainkan peranan penting apabila kita membeli emas. Pastikan kita mendapat harga terbaik iaitu RM/gram paling rendah untuk emas milik kita.

Bagi semua pemilik emas - samada mereka penyimpan, pelabur atau pedagang emas - suatu hari mereka pasti mencari masa untuk menjual emas milik mereka dengan harga terbaik supaya mereka beroleh keuntungan yang maksima.

Di sinilah pentingnya kita mengetahui dari siapakah patut kita membeli emas supaya akhirnya kita tidak berhadapan dengan masalah untuk menjual balik.

Sepanjang pemerhatian saya, ada banyak penjual emas yang bukan pembeli emas yang baik. Sebagai contoh, kedai emas, bank dan emas keluaran antarabangsa - sebagai contoh palm suisse - yang tidak dimiliki oleh sesiapa secara ekslusif.

Kedai emas dan bank bukan pembeli yang baik kerana spread atau susutnilai yang besar. Emas seperti Palm Suisse pula, anda mungkin menghadapi kesukaran ketika hendak menjualnya di pasaran terbuka kerana pembeli akan mula bermain harga.

Tidak hairanlah, walaupun harga emas pasaran dunia sedang naik, anda tetap rugi apabila menjual balik emas milik anda kepada pembeli yang tidak sepatutnya.

Jadi, apa pilihan yang terbaik?

Sudah semestinya Public Gold. Public Gold adalah penjual dan pembeli emas yang baik.

1. Harga belian balik sentiasa di kemaskini dan dipaparkan di website miliknya. Ini boleh mengelakkan manipulasi apabila ada percanggahan harga.

2. Susutnilai atau spread sudah tidak relevan apabila Public Gold membeli kembali emas milik anda. Apa yang ada hanyalah harga belian semula (buy back) yang telus mengikut harga emas semasa dunia.

3. Public Gold bersedia membeli balik emas keluarannya pada apa amaun sekalipun. Saya sendiri secara personal pernah menguruskan penjualan gold bar Public Gold bernilai lebih RM5 juta dalam satu masa. Amat menakjubkan apabila Public Gold tiada masalah untuk membayarnya.

4. Selain emas keluarannya, Public Gold juga bersedia membeli emas keluaran siapa saja termasuk barang kemas. Saya biasa membuat perbandingan terlebih dahulu di beberapa kedai emas sebelum meninjau harga Public Gold. Amat mengejutkan, apabila Public Gold akan membelinya dengan harga yang lebih tinggi.


Bermulalah sekarang dengan emas yang betul, tidak lain dan tidak bukan hanya dari Public Gold.

Wednesday 23 September 2015

101 KELEBIHAN PUBLIC GOLD OLEH PENGASASNYA.

Berikut adalah petikan daripada facebook Public Gold International. Dato' Louis Ng, pengasas Public Gold menyenaraikan lebih 100 kelebihan Public Gold sebagai platform terbaik emas fizikal di negara ini. Selamat membaca!

PRODUK.
1. Produk emas & perak yang bebas GST 
2. Produk emas & perak diiktiraf LBMA (London Bullion Market Association)
3. Syarikat pertama yang mengeluarkan jongkong Silver yang terbesar di Malaysia-5kg (investment Precious Metals)
4. Syarikat pertama yang mempunyai GAP (Gold Accumulation Program)
5. Syarikat pertama yang mempunyai SAP (Silver Accumulation Program)
6. Syarikat emas yang menyediakan akaun simpanan emas/perak bersama untuk anak-anak pelanggan
7. Satu-satunya Dinar emas pertama yang bebas GST di Malaysia & Singapore
8. Most circulated Dinar in Malaysia/dunia
9. Kualiti produk No. 1- berat and purity produk yang sangat jitu
10. Gold bar design yang tercantik di Malaysia
11. Gold bar design banyak pilihan dengan pelbagai terma
12. Produk edisi terhad - 1gm goat & 1gm Hari Raya
13. Pelbagai pilihan produk, jongkong emas, jongkong perak serta Dinar
14. Boleh dibeli dari mana-mana di seluruh dunia sama ada melalui AGSS atau GAP
15. Beli emas dapat emas
16. Harga emas/gram murah
17. Harga terendah di Malaysia
18. Harga jauh lebih murah berbanding kedai emas yang lain
19. Harga jual beli transparent dan dipaparkan dalam laman webwww.publicgold.com.my
20. Susut nilai yang rendah
21. Senang untuk dijual balik
22. Jaminan belian balik
23. Buy back produk Public Gold walaupun calar/bengkok
24. Produk boleh di Ar-Rahnukan di kebanyakan Ar-Rahnu provider
25. IPM (Investment Precious Metals) bertaraf antarabangsa
26. Emas serendah 0.5gm, menggalakkan simpan emas di Malaysia
27. Menjadikan emas sebagai aset yang senang dimiliki oleh semua
28. Guarantee quality dengan ketulenan 999.9
29. Custom minting No. 1 di Malaysia
30. Dilantik sebagai pengeluar rasmi -Royal Minter untuk Royal Collections sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 (11 April 2012)
31. Mint syiling “Anak Malaysia” untuk Australian company- Royal East Ptd. Ltd
32. Mint Gold brooch untuk untuk bank yang terbesar di Vietnam - Vietin Bank
33. Mint jongkong emas untuk redONE - Mobile service provider
34. Brand emas yang sangat popular di Malaysia
35. Harga dikemaskini setiap 20 minit, dapat lock harga murah walaupun tengah malam

SISTEM
36. Teknologi web yang canggih
37. Database powered by Oracle
38. Sistem lock yang telus & senang
39. Boleh Jual beli 24jam 7hari seminggu
40. Online gold trading platform yang pertama & terbaik di Malaysia
41. Cawangan yang banyak 18 cawangan di Malaysia termasuk 1 di Singapore
42. Brand yang dikenal seluruh dunia

MANUSIA
43. Customer yang paling ramai di Malaysai, melebihi 70ribu
44. Pengedar yang paling ramai di Malaysia
45. Investor yang paling ramai di Malaysia

PEMASARAN
46. Promosi yang menarik dari semasa ke sama
47. Mempunyai marketing materials yang menarik
48. Satu-satunya syarikat emas yang mempunyai ruangan khas untuk article emas & perak di suratkhabar (Nanyang Siang Pao & Kwong Wah Yit Poh)
49. Berjaya mengadakan lebih 50 seminar percuma setiap bulan di seluruh Malaysia
50. Satu-satunya syarikat yang kekal aktif menganjurkan seminar emas sejak 2008 yang diadakan hampir setiap hari di seluruh Malaysia.
51. TIGA kali disenaraikan dalam Malaysia Book of Records
52. Malaysia Book of Records - sebagai syarikat pertama yang keluarkan jongkong emas yang tersendiri
53. Malaysia Book of Records - sebagai syarikat pertama yang keluarkan jongkong perak yang tersendiri
54. Malaysia Book of Records - sebagai muzium yang pertama di Malaysia-PG Gold Museum
55. Syarikat yang mendapat awards & recognition yang terbanyak di Malaysia
56. Jenama yang terunggul di Malaysia
57. The Gold company with the most media coverage (interview, newspaper, TV, online media) in Malaysia, melebihi 10,000 kali
58. Platform perniagaan emas yang terbaik untuk pengedar Public Gold
59. Satu-satunya syarikat yang tiada yuran keahlian untuk pengedar
60. Maksimakan keuntungan jika anda menjadi pengedar
61. Introduce saja dah dapat insentif
62. Incentive yang menarik untuk pengedar-pengedar
63. Berkongsi pengetahuan/ilmu dengan pengedar/pelanggan melalui seminar percuma
64. Promosi pengiklanan untuk pengedar seperti pengiklanan suratkhabar, Facebook, seminar dan sebagainya.
65. Percutian FREE ke luar Negara untuk pengedar yang berkelayakan – Public Gold Leadership Seminar-SIP Trip
66. Car Fund-Kereta Percuma untuk Master Dealer yang berkelayakan
67. Satu-satunya syarikat emas yang menyediakan Localized marketing fund untuk membantu pengedar-pengedar
68. Satu-satunya syarikat emas yang menyediakan Q-Bonus untuk pengedar-pengedar
69. Training kepada Dealer dengan subsidi >60% ditaja oleh Public Gold
70. Program SIP Orientation untuk semua pelangan/pengedar menyaksi sendiri syarikat beroperasi
71. Berpeluang merasi pengalaman menaiki Kereta Rolls Royce, Porche, Brabus milik Public Gold.
72. Empayer network boleh pass ke generasi akan datang
73. Komited untuk membantu dealer menjadi jutawanemas
74. Master dealer Forum untuk bagi feedback dan update info
75. Kebanyakan mentor-mentor Emas di Malaysia lahir dari Public Gold
76. Satu-satunya syarikat emas yang teguh, bertahan sehingga sekarang 8 tahun
77. Dipercayai dalam gold industri selama 8 tahun
78. Insentif pengedar tepat pada masa, 20hb setiap bulan
79. Pengedar/pengedar berpeluang untuk bertemu dengan pengasas Public Gold
80. Sebagai benchmark dalam industri emas
81. Raja Permaisuri Agong sudi mencemar duli untuk menyertai pertandingan Golf Tahunan Public Gold selama 2 tahun
82. Global Business Centre –HQ yang dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong
83. Syarikat yang mempunyai visi yang jauh
84. Best Service team yang sedia ada
85. Mempunyai pasukan pengurusan yang kuat
86. Syarikat yang mempunyai rekod yang terbaik
87. Berpegang pada core values Public Gold- Unity , integrity & Fairness
88. Melancong bersama pengedar dengan kapal terbang & yatch milik Public Gold pada masa akan datang
89. 1st Ar-Rahnu service di Singapore (916 Pawnshop Pte. Ltd.)
90. Syarikat Emas yang pertama mempunyai Muzium emas-PG Gold Museum yang terunggul di Asia
91. Jongkong emas yang terbesar 50kg di Malaysia dipaparkan di PG Gold Museum
92. Jongkong perak yang terbesar 30kg di Malaysia dipaparkan di PG Gold Museum
93. Memiliki Koperasi Dagang Emas (KDE)
94. Public Safe –menyediakan servis peti simpanan keselamatan untuk pelanggan
95. PG Foundation untuk aktiviti amal di seluruh Malaysia
96. Sentiasa membuat kerja amal- charity untuk anak-anak yatim dan warga emas
97. Servis AGSS – Allocated Gold Storage Service, pelanggan boleh beli produk Public Gold walaupun dari luar Negara.
98. X-plan, tukar emas/perak kepada produk Public Gold dengan harga yang berpatutan di Malaysia
99. Menubuhkan Malaysia Gold Association (MGA) dan berjaya mendapat pengecualian GST untuk logam berharga pelaburan, (IPM -Investment Precious Metals)
100. 1stop trading centre in Malaysia
101. Public Gold is the best in the world

SEMINAR EMAS PERCUMA PUBLIC GOLD KUANTAN

BERITA BAIK UNTUK WARGA KUANTAN.

Sila tempah temujanji anda :

Tempat: Komplex Dagangan Mahkota, Indera Mahkota (Dekat Sri Manja Hotel)

Masa: 8.30pm-10.30pm

Tarikh: 28 September 2015 (Isnin)

Bawalah diri anda dan ramai rakan-rakan & keluarga untuk mendalami ilmu dan kepentingan emas dalam kehidupan seharian kita. Pada malam itu juga Public Gold akan mengadakan "Special Promotion" di mana rate harga yang anda beli tidak akan diperolehi pada hari-hari biasa. 

Paling istimewa sekali adalah "CABUTAN BERTUAH 50gm GOLD BAR" jika kedatangan mencecah bilangan tertentu. Untung-untung boleh pulang bersama emas percuma.

Jumpa dealer-dealer saya di sana, bawak duit banyak-banyak kerana memang ada FIRESALE emas murah dan cabutan bertuah kategori bukan pelanggan Public Gold.

Jangan lupa bila sampai di sana, tulis nama anda dan nama saya Khairul Anuar Basri PG033441 sebagai introducer anda.


Semoga berjaya dengan langkah pertama!

23 September 2015.

Layari juga Facebook Khairul Anuar Basri
Layari juga Fan Page Ustaz Emas dan Dinar
Layari juga Fan Page Al-Anwar Resources
Layari juga Page Klinik Al-Fatihah

Layari juga Page Ustaz GC Tea

KENAPA SAYA PILIH PUBLIC GOLD?

Ramai orang bertanya saya, kenapa saya memilih Public Gold sebagai platform simpanan dan pelaburan emas fizikal saya. Di sini saya senaraikan 12 sebab kenapa Public Gold adalah syarikat pengeluar emas fizikal terbaik di negara ini.

1. Harga mengikut harga semasa emas dunia.
Harga Public Gold dikira dalam USD/oz mengikut harga emas semasa dunia. Ia bukan harga kebanyakan syarikat pengeluar atau penjual emas fizikal di Malaysia. Turun naik harga emas juga mengikut harga ini yang biasanya lebih murah dari harga yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat di Malaysia. Harga ini boleh dirujuk kepada graf di www.kitco.com

2. Harga segram yang murah.
Item emas Public Gold samada gold bar atau dinar berketulenan 999.99. Semakin besar item, semakin murah pula harga segram. Harga ini digunapakai oleh semua lapisan pelanggan Public Gold samada yang membeli sebagai pelanggan biasa atau pun dealer.

3. Harga setimpal dengan berat emas.
Public Gold tiada yuran pendaftaran. Apabila seseorang pelanggan membayar sejumlah wang kepada Public Gold, pelanggan itu akan mendapat gram emas yang setimpal dengan jumlah yang dibayar. Ini memberi nilai sebenar kepada setiap sen yang dikeluarkan.

4. Spread ternipis.
Item Public Gold juga dikenali kerana spreadnya yang sangat nipis antara 4% ke 10% sahaja. Semakin besar item, semakin nipis pula spreadnya. Spread akan menjadi semakin nipis jika diambil kira komisyen belian dan jualan dealer yang berjumlah 2.3% maksimum.

5. Harga dikemaskini setiap 20 minit.
Semakin kerap harga dikemaskini mengikut harga semasa emas dunia adalah semakin bagus dan memberi kelebihan kepada pembeli. Ini berlainan dengan syarikat-syarikat pengeluar emas lain yang tidak mengemaskini harganya sekerap Public Gold.

6. Waktu urusniaga tanpa cuti.
Dengan platform online Public Gold, tiada waktu cuti samada siang atau malam sepanjang tahun. Para pelanggan boleh kekal berurusniaga dengan menggunakan website www.publicgold.com.my

7. Boleh kunci harga.
Para pelanggan boleh mengunci harga samada untuk membeli atau menjual item emas milik mereka pada bila-bila masa 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Bayangkan apabila emas yang disandarkan pada harga semasa dunia yang berpusat di USA mula membuka harganya, waktu di Malaysia adalah di tengah malam. Dengan kunci harga, kita tidak akan terlepas harga terbaik samada untuk membeli atau menjual. Bila harga sudah dikunci, apa-apa yang berlaku selepas itu, kita hanya akan berurusniaga menggunakan harga yang telah kita kunci.

8. Branch seluruh negara.
Sesuai dengannya perniagaan emas fizikal, branch Public Gold di seluruh negara memudahkan para pelanggannya untuk mengambil item emasnya ataupun menyerahkan item emas apabila membuat jualan balik kepada Public Gold.

9. Kesediaan item emas pada apa jumlah belian.
Ibu pejabat Public Gold di Pulau Pinang sentiasa aktif menyediakan item emas yang dibeli oleh para pelanggan tanpa putus. Saya sendiri pernah menguruskan pembelian dari pelanggan saya berjumlah 24 kg (kira-kira RM3.5 Juta). Public Gold tidak menghadapi masalah menyediakan stok sebesar itu walaupun dalam waktu yang sama ia mesti memenuhi permintaan belian dari beribu-ribu lagi pelanggannya di seluruh negara.

10. Pembayaran harga ketika jualan balik.
Apabila kita menjual balik item emas kita kepada Public Gold, mereka tidak akan beralasan kepada untuk membayar harganya walau berapa saja jumlahnya. Ini menunjukkan bahawa Publik Gold mempunyai rekod kewangan yang sangat kukuh.

11. Produk yang diiktiraf LBMA.
Semua item emas Public Gold diiktiraf oleh London Bullion Market Association. LBMA adalah badan pengiktiraf emas sedunia. Antara kelebihannya ialah emas Public Gold dikenali di serata dunia. Bawalah ke mana sahaja, ianya bukan masalah.

12. Produk bebas GST.
Semua item emas Public Gold adalah dikecualikan dari cukai GST. Ini kerana ia memenuhi kriteria Investment Precious Metal. Anda akan jimat 6% sekurang-kurangnya apabila membeli dari Public Gold berbanding di tempat lain.

13. Syarikat yang stabil.
Public Gold mula beroperasi sejak 2008. Ini bermakna pada tahun ini ia telah berusia 7 tahun. Banyak syarikat-syarikat penjual emas lain yang lahir sezaman dengannya telah pun berkubur. Mungkin kerana mereka tidak stabil dari segala sudut. Berbeza dengan Public Gold, satu jenama yang dikenali ramai paling praktikal dan selamat untuk membeli emas simpanan dan pelaburan.

14. Syarikat yang bebas isu undang-undang.
Cara paling senang untuk membuat tapisan samada syarikat emas yang kita berurusniaga itu ada masalah undang-undang atau tidak ialah dengan memeriksa watchlist Bank Negara Malaysia. Boleh terus ke www.bnm.gov.my untuk melihat samada nama Public Gold ada tersenarai atau tidak.

15. Syarikat yang telah berkembang pesat.
Selain Semenanjung Maaysia dan Sabah serta Sarawak, Public Gold telah berkembang ke negara serantau seperti Singapura, Brunei dan Vietnam. Pada masa depan Public Gold telah merangka untuk meluaskan perniagaannya ke seluruh dunia.

16. Model perniagaan yang telus.
Public Gold hanya menjual dan membeli emas fizikal. Ia tidak menawarkan apa saja bentuk skim cepat kaya dengan emas ataupun pulangan tetap kepada para pelanggannya. Misinya ialah untuk mendidik masyarakat supaya celik emas dengan menjadikannya sebagai pelindung kekaayaan.

17. Mendidik secara PERCUMA.
Public Gold giat menganjurkan seminar di seluruh negara untuk mendidik warga Malaysia tentang kepentingan menyimpan emas fizikal dan juga beberapa cara untuk kaya berjaya dengan emas fizikal. Semua ini adalah tanpa bayaran. Tidak cukup dengan itu, kadang-kadang para peserta berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa emas fizikal.

18. Peti simpanan keselamatan.
Public Gold ada menyediakan peti simpanan keselamatan untuk para pelanggannya menyimpan emas fizikal mereka dengan selamat. Ia samada milik Public Gold sendiri ataupun rakan perniagaannya di seluruh negara.

19. Khidmat Ar-Rahnu.
Setakat ini sudah ada 10 syarikat Ar-Rahnu di seluruh negara yang menjadi rakan perniagaan Public Gold. Jadi anda tidak perlu bimbang sekiranya anda memerlukan khidmat gadaian secara Islam. Walaupun item emas Public Gold tidak boleh dibuka 'sealed'nya, rangkaian Ar-Rahnu yang 10 tadi tetap menerimanya.

20. Produk GAP.
Bagi yang mempunya masalah untuk menyimpan sendiri item emas yang dibelinya, Public Gold meneydiakan Gold Accumulation Program (GAP) yang menyimpan emas fizikal milik para pelanggannya tanpa caj sehinggalah item emas itu diambil oleh para pelanggannya.

Sebab itu saya amat yakin dengan Public Gold. Anda bagaimana?


23 September 2015

Layari juga Facebook Khairul Anuar Basri
Layari juga Fan Page Ustaz Emas dan Dinar
Layari juga Fan Page Al-Anwar Resources
Layari juga Page Klinik Al-Fatihah
Layari juga Page Ustaz GC Tea

Friday 18 September 2015

BAGAIMANA MENYIMPAN EMAS FIZIKAL DENGAN SELAMAT.

Secara psikologi, tidak sama perasaannya apabila kita menyimpan sendiri emas kita dengan orang lain yang menyimpannya. Aura emas akan lebih terasa apabila kita dapat memegang dan melihat emas milik kita setiap hari. Ini akan menambah semangat kita untuk menambah simpanan emas kita dari masa ke semasa.

Ramai yang bertanya, bila kita membeli emas, di mana hendak disimpan emas kita?
Sebenarnya anda ada pelbagai pilihan :
1. Jika semuanya terkawal dan selamat, anda boleh menyimpannya sendiri di rumah anda.
2. Anda boleh menyewa peti keselamatan dengan mana-mana bank atau syarikat yang menawarkan khidmat tersebut. Sudah tentu caj perkhidmatan akan dikenakan.
3. Anda boleh menyewa khidmat Public Safe sebagai tempat menyimpan emas anda. Caj yang dikenakan lebih rendah. Banyak pula promosi dari masa ke semasa. 
4. Anda boleh terus membeli emas melalui program pengumpulan emas (GAP) dan selagi anda tidak mengeluarkan emas anda secara fizikal, Public Gold akan menyimpannya secara PERCUMA!
Jadi, belilah emas dengan Public Gold. Harga rendah, spread nipis, diiktiraf LBMA, bebas GST dan tempat simpan pun disediakan.


18 September 2015

Layari juga Facebook Khairul Anuar Basri
Layari juga Fan Page Ustaz Emas dan Dinar
Layari juga Fan Page Al-Anwar Resources
Layari juga Page Klinik Al-Fatihah
Layari juga Page Ustaz GC Tea

RAKAN PERNIAGAAN AR-RAHNU DENGAN PUBLIC GOLD

PUBLIC GOLD LAMBANG KEYAKINAN.

Public Gold adalah jenama penjual dan pembeli emas terunggul di Malaysia. Ini kerana ia menawarkan emas yg memenuhi 3 kriteria Investment Precious Metal yang dikecualikan GST :

1. Berketulenan 999.99.
2. Dalam bentuk jongkong, koin dan nugget.
3. Diiktiraf LBMA (London Bullion Market Association).

Kerana itu, anda akan dapati kesemua item emas keluaran Public Gold adalah dibalut rapat (sealed). Biasanya bagi mana-mana pajak gadai, mereka tidak akan menerima item emas yang sebegini. Mereka mahu item emas yang boleh diuji ketulenannya tanpa balutan.

Sekarang anda tidak perlu risau lagi. Anda boleh pergi ke mana-mana pajak gadai yang menjadi rakan niaga Public Gold seperti berikut dan item emas anda tidak akan dibuka balutannya.

1. POS ArRahnu.
2. Bank Rakyat.
3. Agro Bank.
4. Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad.
5. Koperasi Angkatan Tentera Malaysia.
6. Koperasi Dagang Emas.
7. Bank Muamalat.
8. Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Kelantan Berhad.
9. Bank Islam.

10. Ar-Rahnu Xchange


18 September 2015

Layari juga Facebook Khairul Anuar Basri
Layari juga Fan Page Ustaz Emas dan Dinar
Layari juga Fan Page Al-Anwar Resources
Layari juga Page Klinik Al-Fatihah

Layari juga Page Ustaz GC Tea

Wednesday 16 September 2015

SEMINAR EMAS PERCUMA PUBLIC GOLD

Salah satu cara Public Gold mendidik para pelanggannya tentang rahsia dan kepentingan emas ialah melalui siri ceramah secara PERCUMA. Anda boleh layari www.publicgold.com.my untuk mengetahui lebih lanjut jadual siri ceramahnya di seluruh negara.

Sebagai Master Dealer Public Gold pula, saya tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian sebagai penceramah. Terkini saya akan menemui anda semua pada :

Hari : Sabtu
Tarikh : 19 September 2015
Masa : 10 pagi - 1 tengahari
Tempat : Public Gold Ampang, berdekatan Ampang Point.


Dalam seminar mini ini, anda akan dapat mengetahui :

1. Kenapa anda mesti menyimpan emas?
2. Produk emas terbaik di pasaran masakini.
3. Bagaimana menjana keuntungan dengan emas fizikal?
4. Teknik manipulasi emas yang mesti anda jauhi.
5. Syarat-syarat patuh Shariah dengan emas fizikal.
6. Emas fizikal sebagai alternatif kepada fixed deposit bagi korporat dan individu.

Saya menjemput semua pembaca blog ini untuk turut serta dalam seminar tersebut. Jumpa anda di sana.

NILAI DAN KUASA BELI ANTARA RM DAN EMAS FIZIKAL

Simpanan tunai bukan sahaja berfungsi sebagai simpanan semata-mata tetapi penyelamat di kala kesuntukan wang. Tiada siapa tahu pada masa hadapan, seseorang itu mengalami keadaan yang mendesak baginya untuk menggunakan wang yang banyak.

Dalam dunia moden, wang bukan dikira semata-mata kepada apa nombornya (0 hingga 9) tetapi ia dikira berdasarkan apa yang boleh dibeli dengan nombor 0 hingga 9 itu tadi. Apabila dibincangkan kuasa beli tunai, maka banyak faktor lain akan turut dibincangkan seperti kejatuhan nilai tunai, kenaikan harga barang, kadar inflasi dan seumpama dengannya.

Sebab itu kita lihat - sebagai perbandingan - harga rumah 10 atau 20 tahun lepas sangat berbeza dengan apa yang ada sekarang. Dulu, dengan wang sejumlah RM100,000.00 kita mungkin sudah boleh mendapatkan sebuah kondominium mewah di ibu kota. Tetapi harga sebuah apartment bertaraf studio hari ini sudah mencecah RM350,000.00 sebuah. Apa sudah terjadi?

Sama juga perbandingannya apabila seseorang yang mengambil loan ASB selama 25 tahun. Komitmen bulanannya mungkin mencecah RM1500 sebulan, demi untuk mendapatkan RM300,000.00 di akhir tempoh pinjaman. RM300,000.00 mungkin nampak besar pada angka, tetapi perhatikan nilai dan kuasa belinya. Jika diambil contoh apartment studio di atas sebagai perbandingan, RM300,000.00 sekarang pun kita tidak mampu untuk membelinya, bayangkan pula 10 25 tahun akan datang!


Emas Fizikal Sebagai Alternatif.

Jalan keluar kepada kemiskinan nilai tunai tadi ialah dengan kita mula membeli aset mampu milik seperti emas. Kuasa beli emas sejak turun temurun telah terbukti. Sebagai contoh, harga seekor kambing bersaiz sederhana ialah 1 Dinar sejak dari zaman Nabi Muhammad saw sehingga ke hari ini. 1 Dinar 999 jika ditukar kepada nilai RM ialah lebih kurang RM700. Hebat bukan?

Sebab itu tindakan menyimpan emas fizikal adalah tindakan yang bijak. Nilai segram emas pada tahun 2000 mungkin RM40 segram. Ini bermakna 1 kg emas ialah RM40,000.00. Pada tahun 2000 RM40,000.00 mungkin sudah mampu membeli sebuah kereta bersaiz sederhana seperti Mivi. Dan jika disimpan RM40,000.00 itu sekarang, mungkin sudah tidak cukup untuk membeli sebuah Mivi pun.

Hari ini, harga segram emas 999 ialah RM166. Ini bermakna harga 1 kg emas ialah RM166,000.00. Jika diambil harga sebuah Mivi tadi, maka kita sudah boleh membeli 4 buah Mivi dengan 1 kg emas. Ajaib bukan?


Kejatuhan Nilai RM Berbanding USD.

Ramai beranggapan yang kita tidak akan terkesan dengan kejatuhan nilai RM berbanding USD kerana kita berurusniaga dengan menggunakan RM. Sepintas lalu memang benar. Tetapi lambat laun kita akan merasai juga kesannya kerana urusniaga harian kita yang berskala kecil rupa-rupanya ada hubungkait dengan pembekal dan pemborong yang berurusniaga menggunakan USD. Semakin tinggi kos mereka, semakin mahal pula harga barang yang akan dikenakan terhadap pihak kedua, ketiga dan seterusnya. Ini akan menaikkan harga barang. Beban ini akan menjadi 2 kali ganda kerana kita turut berurusniaga menggunakan RM yang jatuh nilainya.


Simpanan Tetap RM vs Simpanan Tetap Emas Fizikal.

Setelah kita mengetahui bahawa RM tidak menyimpan nilai dan terdedah kepada inflasi, sewajibnya kita beralih kepada simpanan yang lebih stabil. Semakin banyak RM dicetak, maka semakin rendah pula nilainya. Berbeza dengan emas fizikal, ia tidak boleh dicetak atau dicipta sesuka hati. Turun naik harga emas dunia pula akan memberi kesan kepada nilai emas dalam berat dan timbangan.

Purata pulangan kepada simpanan tetap di bank ialah antara 3 ke 4 peratus sahaja setahun. Tetapi dengan emas fizikal, kita bukan sahaja mendapat emas fizikalnya, tetapi kenaikan antara 0.5% setiap kali (sebelum ia turun dan naik kembali secara berulang-ulang) sudah cukup baik bagi mana-mana pelabur. Jika apa-apa berlaku, harga emas tidak akan turun lebih rendah dari harga lombong. Jika harga emas turun lebih rendah, 2 kemungkinan akan berlaku :

1. Lombong ditutup
2. Emas tidak boleh dikeluarkan

Kesan langsung dari 2 situasi di atas ialah akan wujud permintaan yang melebihi pembekalan. Jika ini berlaku, harga emas akan melambung tinggi.

Saya pernah menguruskan simpanan tetap beberapa syarikat yang mempelbagaikan pelaburan mereka termasuklah dengan emas fizikal. Hasilnya, mereka menjadi pelabur yag tenang. Tambahan pula dengan sejumlah wang yang mereka laburkan - lebih dari RM2 Juta - mereka layak pula mendapat insentif berjumlah 2.3% dari nilai belian dan jualan mereka dengan Public Gold. Itu tidak termasuk untung ketika jualan apabila tiba masanya. Ini terbukti lebih baik dari pulangan simpanan tetap.

Bertukarlah kepada emas fizikal sekarang sebelum semuanya sudah terlambat.

17 September 2015

Layari juga Facebook Khairul Anuar Basri
Layari juga Fan Page Ustaz Emas dan Dinar
Layari juga Fan Page Al-Anwar Resources
Layari juga Page Klinik Al-Fatihah
Layari juga Page Ustaz GC Tea

Sunday 6 September 2015

1 Syawal 1436H : Hari Raya Hari Pembeza.



الله اكبر الله اكبر الله اكبر 
لا اله الا الله والله اكبر 
الله اكبر ولله الحمد

Surah Al-Furqan mengandungi 77 ayat. Ia adalah surah Makkiyyah. Al-Furqan bermaksud pembeza. Pembeza antara kebenaran dan kebathilan. Pembeza antara iman dan kufur. Pembeza antara cahaya dan kegelapan.

 تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَىٰ عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا

"Maha mulia Tuhan yang telah menurunkan Al-Furqan ke atas hambaNya supaya ia menjadi peringatan bagi sekelian alam" [Surah Al-Furqan : 1].

الله اكبر الله اكبر الله اكبر 
لا اله الا الله والله اكبر 
الله اكبر ولله الحمد

Hari ini hari yang berbeza. Hari ini 1 Syawal, hari raya aidil fitri. Hari ini hari kemenangan dari api neraka. Hari ini hari bergembira bagi orang-orang yang beriman, yang telah benar-benar berpuasa dalam bulan Ramadhan.

Hari ini manusia kembali kepada fitrah seorang manusia. Hari ini manusia kembali kepada hari di mana dia dilahirkan oleh ibunya. Hari yang putih bersih, tiada secalit dosa pun. Itulah hakikat sebenar fitrah manusia. Orang yang benar-benar berpuasa di siang hari dan menghidupkan malamnya dengan amal yang tidak bertepi dalam bulan Ramadhan,  mereka layak untuk meraih fitrah seperti ini. Ramadhan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka, berjaya mengeluarkan mereka dari dosa kepada pahala. Ramadhan yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka, berjaya memerdekakan merek dari api neraka yang maha dahsyat azab siksanya.

Inilah pembezanya. Hari raya bukan sekadar disambut secara adat dan ikut-ikutan. Lantas manusia leka dan keliru. Pelbagai hiburan disajikan secara sembrono, kononnya atas tiket kemenangan setelah berjaya melalui ujian berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Pergaulan bebas "dihalalkan" secara tradisinya sejak turun temurun semata-mata untuk menzahirkan rasa gembira dengan ketibaan Syawal. Lalu kegembiraan melampau menyambut Syawal, menenggelamkan langsung kesedihan meninggalkan bulan Ramadhan.

Sungguh, kita tidak faham apa itu hari raya. Sungguh

الله اكبر الله اكبر الله اكبر 
لا اله الا الله والله اكبر 
الله اكبر ولله الحمد

Syawal adalah bulan pembeza. Pembeza di antara orang yang istiqamah dengan amal solehnya sepanjang Ramadhan dan orang yang kembali kepada tabiat asalnya sebelum bertemu dengan Ramadhan. Antara tanda-tanda seseorang itu telah diampunkan dosanya dalam bulan Ramadhan dan puasanya diterima oleh Allah ialah, dia menjadi seorang yang berbeza dari sebelumnya. 

Masjid yang kerap dikunjunginya dalam bulan Ramadhan, menjadi igauannya setiap hari di luar bulan Ramadhan. Al-Quran yang dibacanya saban hari dalam bulan Ramadhan, menjadi candu dalam kehidupan mereka, rasa serba tidak kena jika tidak membacanya di luar bulan Ramadhan. Sedekah yang dihulurkan bagai air yang mengalir dalam bulan Ramadhan, tidak terhenti, bahkan berterusan di luar bulan Ramadhan.

Inilah pembezanya. Manusia tidak kenal Allah hanya pada bulan Ramadhan, tetapi mengesakan Allah pada setiap waktu dan ketika. Manusia tidak menjadi hamba Ramadhan, tetapi menjadi hamba Allah yang maha kaya.

الله اكبر الله اكبر الله اكبر 
لا اله الا الله والله اكبر 
الله اكبر ولله الحمد

Antara amalan yang terbaik dan wajib diselesaikan secepat mungkin oleh orang yang beriman ialah, berpuasa selama 6 hari dalam bulan Syawal. Inilah bezanya. Orang yang terbentuk hatinya dalam bulan Ramadhan, akan merindui ibadat puasa. Lantas direbutnya ganjaran pahala yang besar berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal. Tidak cukup dengan itu, amalan puasa sunat juga diamalkan dari masa ke semasa.

Sungguh, Syawal adalah pembeza. Hendak lihat diri kita yang sebenar, lihatlah dalam bulan Syawal dan bulan-bulan seterusnya. Alangkah baiknya jika kita menjadi orang yang berbeza. Bukan sahaja pada berat badannya, tetapi juga pada akhlak dan amalannya.

الله اكبر الله اكبر الله اكبر 
لا اله الا الله والله اكبر 
الله اكبر ولله الحمد

Syawal adalah hari raya di dunia. Setiap hari dalam bulan Ramadhan, kita berhari raya pada waktu maghrib. Keesokan harinya bermula Subuh, kita akan berpuasa kembali. Begitulah setiap hari sehingga semalam. Tapi hari ini adalah hari yang berbeza. Tidak tidak perlu menahan diri dari makan lagi. Kita boleh makan sepuas-puasnya. Seronok bukan? Tiada siapa yang boleh melarang kita.

Begitulah agaknya keseronokan apabila kita masuk ke syurga Allah kelak. Kita boleh makan mengikut niat, apa yang yang terlintas di fikiran. Tidak cukup dengan itu, akan ada bidadari yang siap sedia untuk melayan apa sahaja kehendak dan kemahuan kita.

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَعِيمٍ

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu di dalam syurga dan kenikmatan"

فَاكِهِينَ بِمَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ وَوَقَاهُمْ رَبُّهُمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ

"Mereka bersuka ria dengan kurniaan Tuhan mereka dan mereka dipelihara dari azab api neraka"

كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

"Makan dan minumlah dengan enak, sebagai balasan terhadap apa yang kamu kerjakan"

مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ سُرُرٍ مَصْفُوفَةٍ ۖ وَزَوَّجْنَاهُمْ بِحُورٍ عِينٍ

"Mereka bersenang-senang di atas katil yang berderetan dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari-bidadari cantik bermata yang mempersonakan"

[Surah At-Thur : 17 - 20]


الله اكبر الله اكبر الله اكبر 
لا اله الا الله والله اكبر 
الله اكبر ولله الحمد

Syawal datang, bermakna Ramadhan berlalu meninggalkan kita. Entah apa nasib kita pada tahun ini. Ramadhan mungkin datang lagi pada kita pada tahun hadapan. Harapnya Ramadhan tahun ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita.

Ingat hari raya penutup puasa
Ramadhan yang dirindui telah meninggalkan kita
Ramadhan yang akan datang apakah kita jumpa
Kematian kita berlaku bila-bila masa
[Nada Murni]

Ya Allah, kami menadah tangan kepadaMu. Engkau Tuhan yang maha pemurah. Engkau Tuhan yang maha penyayang. Terimalah segala amalan kami dalam bulan Ramadhan. Ampunkan segala dosa kami. Tambahkan pahala dan kebaikan bagi kami. Masukkan kami ke dalam syurgaMu. Jauhkan kami dari azab nerakaMu.

Ya Allah, berkatilah kami pada hari ini. Sebagaimana Engkau kurniakan hari raya ini untuk kami di dunia, kurniakan juga kami hari raya di akhirat. Hari di mana Engkau masukkan kami ke dalam syurgaMu. Hari yang sama juga Engkau selamatkan kami dari api nerakaMu. Himpunkan kami bersama-sama kekasihMu Muhammad saw dan orang-orang yang kami cintai ketika di dunia.

Ya Allah, perkenankan doa kami.

الله اكبر الله اكبر الله اكبر 
لا اله الا الله والله اكبر 
الله اكبر ولله الحمد




29 Ramadhan 1436H : Kaya Dengan Kahwin.

Surah An-Nur terdiri dari 64 ayat dan dikira sebagai surah Madaniyyah. An-Nur bermaksud cahaya, di mana surah ini banyak bercerita tentang hukum hakam sekitar masalah zina, li'an dan adab-adab pergaulan dalam dan luar rumahtangga. Cahaya petunjuk Al-Quran sebenarnya melangkapkan kehidupan manusia yang buntu dengan penyelesaian masalah yang dicetuskan oleh akal fikiran mereka sendiri. Al-Quran datang sebagai jalan keluar kepada segala perkara yang berkait dengan kehidupan manusia. Al-Quran adalah manual hidup manusia.

Allah jualah yang menciptakan cahaya sedemikian. Cahaya matahari adalah untuk keperluan fizikal manusia, cahaya Al-Quran dan keimanan pula adalah untuk rohani manusia. Orang yang tidak mengambil cahaya ini, mereka akan hidup dalam kegelapan. Setiap amal dan perbuatan mereka hanyalah sia-sia.

وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّىٰ إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّهَ عِنْدَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ ۗ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ

"Dan orang-orang kafir itu amalan mereka laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi apabila didatangi air itu, dia tidak mendapati sesuatu pun. Apa yang ada hanyalah ketetapan Allah di sisiNya, lalu Allah memberikan perhitungan amalannya dan Allah sangat cepat perhitunganNya" [Surah An-Nur : 39].

أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ۚ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا ۗ وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ

"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, di atas ombak itu ada awan, gelap gelita yang bertindih-tindih, sekiranya dia mengeluarkan tangannya, maka tangannya itu tidak dapat dilihat dan ingatlah, barangsiapa yang tidak diberi cahaya petunjuk oleh Allah, maka tiadalah baginya walau sedikit pun dari cahaya" [Surah An-Nur : 40].

Begitulah bandingannya orang-orang yang tidak dipilih untuk mendapat cahaya iman dan islam. Ajaibnya, ayat ini juga menjadi bukti sains terhadap dua situasi alam. Al-Quran bercerita sejak lebih 1400 tahun yang lalu, barulah mutakhir ini saintis menemui fakta ini yang selari dengan penemuan sains :

1. Kejadian fatamorgana
2. Kedalaman air laut mempengaruhi penglihatan

Sesuai dengan konsep cahaya yang mengeluarkan manusia dari kebuntuan hidup, ada ayat yang menyuruh manusia berkahwin sebagai jalan keluar dari masalah kewangan. Pelik bukan? Ramai orang tidak kahwin kerana tidak cukup persediaan kewangan, tetapi Al-Quran menyuruh ibu bapa mengahwinkan anak-anak mereka untuk keluar dari masalah kewangan.

وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ ۚ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bersendirian di antara kamu, dan orang-orang layak untuk berkahwin dari kalangan hamba-hamba lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ingatlah bahawa Allah yang akan mengkayakan mereka dengan limpah kurniaNya kerana sebab perkahwinan. Dan Allah maha luas pemberiannya lagi maha mengetahui" [Surah An-Nur : 32].

Di mana logiknya berkahwin boleh menyebabkan seseorang menjadi kaya? Sesuatu yang menarik untuk sama-sama kita fikirkan.

1. Perkahwinan adalah suatu amalan yang diperintah oleh Allah, disukai oleh Rasulullah saw dan didoakan oleh para malaikat. Orang yang berkahwin pula, niatnya adalah untuk menjaga agamanya dari dicemari oleh dosa zina dan sebagainya. Mustahil sesuatu yang begitu hebat sebegini tidak mendapat pertolongan dari Allah.

2. Setiap anak yang lahir dari sebuah perkahwinan datang bersama-samanya rezeki yang sudah ditetapkan bagi dirinya dan juga bagi ibu bapanya.

3. Sama ada sedar atau tidak, setiap dari manusia mula mempunyai pelbagai peralatan isi rumah selepas dia berkahwin. Dari mana datangnya duit untuk membeli peralatan tersebut? Walhal ketika dia masih bujang, duitnya habis juga dan tidak pernah cukup.

4. Kaya itu sangat subjektif. Ada orang yang kaya dengan bertambahnya harta. Ada juga orang yang kaya dengan berkurangnya liabiliti dan kos. Perkahwinan adalah contoh di mana seseorang boleh mengurangkan kos, liabiliti dan belanja. Jika ketika bujang, kos makan di kedai mungkin mencecah RM30 sehari. Tetapi sesudah berkahwin, dengan kos kurang dari RM100 cukup untuk makanan berdua selama seminggu yang dimasak di rumah. Belanja-belanja lain seperti bil telefon juga akan berkurangan secara drastik kerana tidak perlu lagi berbual berjam-jam di atas talian. Cukuplah perkara-perkara yang penting melalui telefon, selebihnya boleh berbincang panjang di rumah.

Dan banyak lagi rahsia dan hikmah sebuah perkahwinan. Ramai yang berfikir kewangan adalah masalah utama. Nah! Allah sendiri lebih tahu bahawa kewangan akan menjadi faktor dan kebimbangan utama manusia yang ingin berkahwin melalui ayat di atas. Maka Allah peringatkan bahawa jika itulah kebimbangan manusia, Allah  sebenarnya akan menjadikan seseorang itu mampu dengan limpah kurniaNya semata-mata. Usaha manusia mungkin asbab, tetapi bukan faktor penentu utama.