Wednesday 2 September 2015

APA ITU TABUNGAN GAP?

Apa Itu GAP?

GAP ialah singkatan bagi Gold Accumulation Program. Ia adalah produk emas Public Gold yang berasaskan emas fizikal. Pada setiap waktu, Public Gold akan memastikan sebanyak 1 kilogram emas diperuntukkan untuk program ini. GAP disediakan khas bagi pelanggannya yang :

1. Mahu membeli emas secara sedikit-sedikit bagi masa panjang.
2. Mempunyai masalah keselamatan apabila hendak menyimpannya sendiri di rumah.


Bagaimana GAP Berfungsi?

Pada setiap hari bermula pada pukul 12 tengah malam, Public Gold akan mengemaskini harga bagi emas seberat 1 gram di websitenya. Sebagai contoh harga 1 gram GAP pada hari ini ialah RM166.

Para pelanggan boleh membeli emas dalam gandaan 1 gram mengikut bajet masing-masing. Emas ini akan dapat dilihat dalam penyata online milik pelanggan. Gram itu akan dikumpul setiap kali pelanggan menambah beliannya mengikut harga semasa. Para pelanggan pada bila-bila masa mempunyai 2 pilihan :

1. Tetap mengumpulnya di dalam akaun dan emasnya akan disimpan di Public Gold tanpa upah.
2. Mengeluarkan fizikal emas miliknya dan menyimpannya sendiri. Caj fizikal akan dikenakan berdasarkan kepada item yang dikeluarkan. Dalam akaun pula perlu dipastikan baki minimum yang tidak dikeluarkan sekurang-kurangnya 1 gram. Emas yang dikeluarkan adalah berdasarkan baki yang ada dalam akaun GAP dan ia boleh dikeluarkan samada dalam bentuk gold bar atau dinar.



Tips Pengeluaran Emas Fizikal.

Bagi yang memilih GAP sebagai tabungan emasnya, di sini saya berikan 2 tips tentang item manakah yang terbaik untuk anda fizikalkan.
1. Bagi yang berminat untuk berniaga/memperniagakan stok emas kepunyaannya, bolehlah difizikalkan item yang paling kecil iaitu 1 gram atau 1/2 dinar. Ini akan memudahkan jika ada yang berminat untuk mendapatkannya secara cash and carry. Kelebihan anda ialah pada margin harga runcitnya.
2. Bagi yang ingin menyimpan fizikalnya sendiri, eloklah fizikalkan item yang terbesar iaitu 500 gram atau 10 dinar kerana anda mempunyai kelebihan pada spreadnya.


Peringatan.

Belilah GAP mengikut gram, bukannya mengikut RM demi memastikan patuh syariah. Ini adalah kerana jika dibeli mengikut gram, kita boleh memastikan pengeluarannya mengikut item yang paling kecil produk PublicGold seperti gold bar 0.5 gram atau dinar 1/2 dinar.

No comments:

Post a Comment