Wednesday 2 September 2015

EMAS MEMEGANG NILAI.

Biasa berlaku bagi pembeli emas, bila mereka membuat pembelian untuk kali kedua dan seterusnya, mereka akan membandingkan dengan harga belian sebelumnya. Jika harga sekarang lebih mahal, maka mereka membuat keputusan untuk hanya membeli bila harga turun sama atau lebih rendah dari harga belian pertama mereka.
Bagi pembeli dan penyimpan tegar emas, saya boleh cadangkan supaya tidak menghiraukan situasi tersebut di atas dan teruskan hasrat pembelian anda walaupun harga semakin tinggi. Ini kerana emas adalah terkenal sebagai item yang "menyimpan nilai".
Perhatikan ilustrasi pembelian 1 dinar emas di bawah;
Mac RM600
April RM620
Mei RM650
Jun RM670
Julai RM680
Ogos RM685
Jumlah belanja RM3905
Jika dicongak secara terus anda akan melihat bahawa harga belian sentiasa bertambah dan anda telah mengalami kerugian kerana pertambahan tersebut.
Tetapi dengan konsep emas "memegang nilai", walaupun anda membelanjakan sebanyak RM3905 untuk 6 dinar anda, tetapi nilainya lebih dari itu.
Bagaimana boleh jadi begitu?
Perhatikan sahaja pada pembelian terakhir anda. Itu sebenarnya nilai semasa bagi semua 6 keping 1 dinar anda. Dan anda boleh mengira sendiri nilainya bukan?
RM685 x 6 = ?
Ianya lebih dari RM3905.
Bagaimana mungkin anda mengalami kerugian jika belanja anda kurang dari nilai sebenar emas yang anda miliki?
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment