Sunday 6 September 2015

7 Ramadhan 1436H : Al-Quran Menyelesaikan Masalah : Bahagian 2

POLIGAMI : MENGAPA TIDAK?

1. Lelaki dijadikan Allah dengan kualiti yang mampu memikul bebanan fizikal dan mental melalui poligami. Lelaki bukan saja pemimpin masyarakat, tetapi juga pemimpin kaum wanita. Bila Allah mengharuskan poligami, maka sudah tentu ia sesuai dengan kualiti yang dimiliki setiap lelaki. Jika tidak, maka tiada makna Allah memberikan keharusan ini.

2. Secara psikologi, lelaki berupaya "membahagikan" hati dan perasaan mereka kepada 4 bahagian - maksimum - yang setiap bahagian mewakili nilai 100%. Ini bermakna, hati seorang lelaki, kapasitinya ialah 400% dan jika dibahagikan dengan 4 isteri, maka setiap seorang isteri masih boleh mendapat 100% cinta dan kasih sayang dari seorang lelaki.

3. Wanita sifatnya tidak mudah untuk mereka mencari pengganti untuk lelaki yang dicintainya. Wanita yang kematian suami sebagai contoh, boleh saja terus hidup dan menjadi ibu tunggal kerana keperluan bersuami itu bukanlah suatu prioriti dalam hidup, lebih-lebih lagi wanita yang telah lengkap hidupnya dengan kerjaya yang stabil.

4. Berlainan dengan kaum lelaki, secara semulajadi jika mereka putus cinta, putus tunang, bercerai atau kematian isteri, mereka akan segera mencari pengganti. Mereka tidak akan hanyut dengan kenangan silam walaupun bisa menghiris hati dan perasaan. Lelaki inginkan seseorang yang boleh menjaga makan pakainya, selain menyediakan keperluan seksualnya.

5. Wanita dijadikan Allah sebagai makhluk yang setia. Fizikal mereka yang tidak sekental lelaki tidak memungkinkan mereka berkahwin atau mempunyai perasaan kepada lebih daripada seorang lelaki. Itu tidak termasuk dengan hakikat kemuliaan wanita yang tugasnya mengandungkan dan melahirkan zuriat keturunan. Jika suaminya lebih dari seorang, nescaya haru biru kehidupan rumahtangga kerana setiap kali mengandung, maka semua suaminya akan mendakwa anak dalam kandungannya adalah anak mereka!

6. Lelaki sebenarnya tidak memerlukan sebab untuk berkahwin lebih dari seorang. Seringkali juga alasan "kerana nafsu" digunakan oleh kaum wanita untuk menidakkan hak istimewa seorang lelaki kurniaan Allah ini. Hanya lelaki sahaja yang memahami bagaimana naluri seksual mereka berhajat kepada lebih dari seorang isteri. Semestinya ia perlu diselaraskan dengan tuntutan agama melalui perkahwinan yang sah. Dengan ini, segala kemungkinan dan pintu-pintu maksiat seperti perzinaan dapat ditutup dari awal.

7. Kerana tuntutan nafsu syahwat lelaki yang sebegitu, maka mereka memerlukan kesediaan "setiap masa" daripada seorang isteri. Secara logiknya, keperluan sebegini amat mustahil untuk dipenuhi kerana seorang wanita terbatas dari sudut seksualnya. Ada ketikanya seorang wanita "terpaksa" tidak bersedia untuk melayan keperluan suaminya hasil daripada datang bulan, mengandung, pantang bersalin, monopause dan sebagainya.

8.  Keperluan nafsu lelaki meningkat seiring dengan umurnya. Berlainan dengan kaum wanita, bila sudah mencapai umur tertentu, maka keinginan dan kemampuan akan mula menurun.

InsyaAllah esok kita cuba menyingkap hikmah dan kebaikan poligami.

(Bersambung...)













No comments:

Post a Comment