Wednesday 2 September 2015

PERISTIWA GADIS PEUGEOT MENGAMUK DI BULAN RAMADHAN (MUHASABAH BUAT DIRI INI) : 16 JULAI 2014



Secara ringkasnya, ia adalah UJIAN.

1. Ujian bagi tuan empunya badan, setakat mana beliau mampu bersabar dan menahan marah.

2. Ujian bagi pakcik yang terlibat (walaupun dia bukan Islam).

3. Ujian bagi orang yang merakam video tersebut, apa niatnya dan bagaimana dia boleh memastikan apa yang dirakamkan itu disalurkan ke arah kebaikan dan bukannya kejahatan.

4. Ujian bagi orang yang melihat video tersebut, bagaimana dia menangani situasi ini supaya dia juga tidak terjebak bercerita perkara yang bukan-bukan kepada orang lain atau bersusah payah pula mencari segala maklumat sehingga mengaibkan gadis itu.

5. Ujian bagi yang menyebarkan video tersebut, apa niatnya dan bagaimana dia boleh memastikan apa yang disebarkan itu disalurkan ke arah kebaikan dan bukannya membuka lebih banyak pintu keburukan dan kemudaratan.

6. Ujian bagi yang komen video yang dishare oleh sesiapa sekali pun, samada perlu atau tidak komen itu, atau laras bahasa yang diguna ketika memberi komen, adakah memberi banyak kebaikan, atau membuka pintu kata-mengata, umpat-mengumpat dan sebagainya.

Ingat firman Allah dalam suran An-Najmi;

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ الْأَوْفَى

Dan bagi setiap manusia itu apa yang dia buat. Dan setiap perbuatan itu pula akan diperlihatkan semula pada hari akhirat. Selepas itu Allah akan memberi balasan sebagaimana janjinya (jika baik dibalas baik, jika buruk dibalas buruk).

Bayangkan jika hari ini, dengan hanya sedikit rakaman video tentang kebiadaban gadis itu, seluruh dunia boleh "membogelkannya" dalam sekelip mata (segala maklumatnya disebarluas), bayangkan bagaimana nanti kita "dibogelkan" dihadapan Allah. Alangkah malunya kita.

Jadi, berpada-padalah dengan apa yang kita benci dan tidak puas hati. Sekali tengok, saya setuju bahawa kita akan marah kerana kebiadabannya. Tapi cukuplah setakat itu, lupakan, dan teruskan hidup kita dengan beramal soleh di bulan ini. Tidak perlu kita mengumpat atau kita pula yang menjadi agen pembuka aib orang, sehingga boleh jadi rosak dan binasa puasa kita.

No comments:

Post a Comment