Wednesday 2 September 2015

BAKAL PENGANTIN WANITA DAN EMAS.

Kepada wanita bujang di luar sana. Suatu hari anda akan berkahwin. Syor saya pada anda, mintalah dari bakal suami anda itu dinar atau jongkong emas sebagai hantaran. Kerana ia sudah mula digunakan secara meluas sebagai maskahwin ataupun hantaran.

Syor saya lagi, anda sendiri mulalah membeli dan menyimpan emas dari sekarang..

Sampai masanya bakal suami anda hendak menerima anda sebagai suri rumahnya, dia akan mencari emas sebagai maskahwin kerana itu permintaan anda bukan?

Ketika itu tawarkanlahemas itu pada harga semasa kepada beliau. Nescaya anda akan mendapat dua kebaikan.

Pertamanya anda akan mendapat tunai sebagai hasil jualan emas yang anda jual kelada bakal suami itu tadi. Keduanya, emas itu juga anda akan dapat kerana itulah maskahwin anda.

No comments:

Post a Comment