Wednesday 2 September 2015

LINDUNGI KEKAYAAN DENGAN GRAM EMAS.

Ramai yang bertanya kepada saya apa benefit jadi dealer emas Public Gold?

Saya jelaskan, kalau hendak jadi kaya dengan title dealer Public Gold, itu saya tidak boleh jamin. Tapi kalau hendak jadi kaya dengan produk Public Gold, itu insyaAllah saya boleh memberi sedikit harapan.

Bandingkan saja harga segram produk keluaran Public Gold bagi belian pelanggan biasa dan dealer. Harga segram untuk pelanggan biasa atau dealer tetap sama. Tiada diskriminasi di sini. Samada anda membeli sebagai pelanggan biasa atau anda membeli sebagai dealer, anda akan tetap mendapat harga yang sama.

Cuba bandingkan pula harga produk Public Gold - yang sama antara pelanggan biasa dengan dealer tadi - dengan produk keluaran syarikat-syarikat lain. Anda akan dapati harga yang sama rata antara pelanggan biasa dan dealer tadi adalah JAUH LEBIH MURAH dari harga jika sekiranya anda membuat belian sebagai ahli, dealer, stokis, branch dan seumpama dengannya dengan syarikat emas lain.

Jadi mengapa bayar lebih?

Kadang-kadang anda perlu mengorbankan beratus - malah beribu ringgit - semata-mata untuk pendaftaran saja dan anda "dihadiahkan" dengan gram emas yang tidak setimpal dengan apa yang anda bayar. Inikah yang anda cari?

Atau anda mencari sesuatu yang "kononnya" lebih murah selepas mendaftar yang secara jelas anda boleh kaji dan banding sendiri, ianya tidaklah semurah yang disangka?

Jadi, berhati-hati dengan apa yang anda pilih. Jangan nanti kerana mengejar "harga murah", komisyen, benefit dan lain-lain, anda hilang fokus dan keletihan. Akhirnya anda kecewa.

Jadilah pembeli bijak. Jika fokus anda untuk mengumpul gram, fokus pada mengumpul gram. Saya boleh membimbing anda mengumpul gram dengan nilai yang terbaik untuk wang anda.

Jika fokus anda untuk mengumpul komisyen, benefit dan lain-lain selain gram, lebih baik anda laburkan terus duit anda untuk membuka kedai emas. Itu lebih berbaloi. Anda tidak perlu mencari customer, mereka akan datang kepada anda.

Saya bimbang akhirnya anda kepenatan dan hilang arah. Perniagaan yang sebegini biasanya tidak kekal lama. Kerana apa? Kerana apa yang diwar-warkan bukanlah kebaikan produk, tetapi berapa RM komisyen yang anda dapat.

Sama seperti bila ada yang berniaga garam. Yang ditunjukkan sehari-hari ialah berapa RM yang masuk dalam akaunnya, apa jenis kereta yang dipakainya dan sebagainya. Bukannya sibuk hendak promosi kebaikan dan kelebihan garam!

Ingat pesan saya...

Komisyen tidak kekal. Rajin anda bekerja, adalah komisyen untuk anda. Gram itu yang kekal. Rajin anda menyimpan, makin banyaklah gram anda.

No comments:

Post a Comment