Thursday 31 December 2015

Tahun Baru 2016

TAHUN BARU.

Tahun baru datang
Tahun baru menghilang
Masa bergerak begitu pantas
Umur bertambah pintas memintas

Apa ada pada umur?
Bukankah itu hanyalah nombor?

Tahun lama ditinggalkan sedikit demi sedikit
Penuh sarat dengan cerita suka duka bahagia dan sakit
Dosa pahala ibadah dan maksiat semua dicatit
Oleh sang penulis tak pernah perit

Lalu jiwa pernahkah kau melihat sejenak ke belakang?
Waktu yang berlalu pergi adakah lurus jalanmu atau tempang?

Oh jiwa oh badan
Berapa lama lagikah masa yang tinggal untuk dihabiskan?
Dalam ingkar atau ketaatan
Supaya akhirnya bertemu riang dengan Sang Tuhan

Duhai Allah yang maha dermawan
Pandanglah aku dengan sedikit belas kasihan
Kurniakan aku masa dan kekuatan
Selesaikan segala kewajiban dan hutang piutang
Taubat nasuha dan segala kesolehan
Agar mataku tertutup rapat dalam kesyukuran
Kembali menghadapMu dalam ketenangan

Duhai jiwa yang tenang
Pulanglah kepada Tuhanmu
Kamu redha dan diredhai
Masuklah dalam kumpulan hambaKu
Masuklah dalam syurgaKu

Khairul Anuar Basri
1 Januari 2016



Wednesday 30 December 2015

KEGAWATAN EKONOMI ADALAH KEGAWATAN TUNAI.

TAHUN 2015 YANG GAWAT EKONOMI KEPADA TAHUN 2016 YANG MASIH BELUM PASTI.

Semua bercakap tentang gawat. Gawat sana, gawat sini. Dengan bebanan kos sara hidup tinggi yang mesti ditanggung, nilai RM yang merudum pula semakin memburukkan keadaan.

Risiko kemiskinan tanpa sedar ini memerlukan penyelesaian dan jalan keluar. Al-Quran menceritakan dalam Surah Yusuf ayat 43 - 49 tentang pengurusan simpanan dalam musim gawat yang tidak menentu.

Kerana percayakan tunai sebagai simpanan yang ampuh, ada yang sanggup mencipta hutang demi untuk menjana sejumlah besar wang. Sebagai contoh, loan ASB dengan bayaran RM1500 sebulan selama 25 tahun untuk mendapat RM300,000 selepas itu.

Mengapa tidak dibeli emas fizikal sebanyak RM1500 sebulan selama 25 tahun? Jika diambil RM150 sebagai harga segram emas, selepas 25 tahun beliau sudah berjaya mengumpul sebanyak 3 kilogram emas!

Nilai RM300,000 pada masa sekarang pun sudah tidak dapat membeli walau seunit apartment, apa lagi 25 tahun akan datang!

Nilai segram emas sekarang mungkin RM160. Siapa tanu nilai segram emas 25 tahun akan datang?

Bercakaplah dengan saya.

www.KhairulAnuarBasri.blogspot.com


#emasfizikal #tipsimpananemas #ultimatewealthprotect

Sunday 27 December 2015

EMAS : TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Emas seringkali dikaitkan dengan kekayaan. Orang yang menyimpan banyak emas, akan dilihat sebagai orang kaya. Nilainya pula diiktiraf walau di mana negara mana saja kita berada. Umumnya, manusia mengiktiraf emas sebagai berharga.

Ada orang melihat emas sebagai perhiasan. Ada pula yang melihatnya sebagai simpanan. Tidak kurang pula yang melihat emas sebagai instrumen pelaburan yang terdedah kepada untung atau rugi.

Secara dasarnya, emas adalah aset. Sebagaimana kita melihat rumah, tanah dan sebagainya sebagai aset, kita juga perlu melihat emas sebagai salah satu bentuk aset yang boleh kita kumpul. Jika rumah atau tanah memerlukan modal yang sangat besar untuk dimulakan pembelian, emas pula boleh mula dikumpul dengan hanya 1 gram. Yang pentingnya ialah bermula.

Ada orang yang takut untuk menyimpan emas kerana sebab keselamatan. Sebenarnya, apa saja aset yang bernilai akan datang dengan risiko keselamatan. Makin bernilai aset itu, makin tinggi dan pelbagailah risikonya. Sesuai dengan nilainya yang sangat tinggi, emas juga datang dengan risiko yang perlu kita fikir cara mengawalnya.

Ramai orang mahu jadi kaya tetapi seringkali memikirkan kaya itu dari sudut banyak duit saja. Sedangkan sebenarnya duit sangat mudah terdedah kepada inflasi dan susutnilai. Nampak banyak di mata tetapi sangat rapuh dan nipis nilainya.

Belajarlah mengumpul emas dari sekarang. InsyaAllah, semakin lama dan banyak anda menyimpan, semakin terserlah rahsia dan kelebihan emas yang akan anda ketahui.

Saturday 19 December 2015

SEMINAR AL-QURAN BERGERAK : Bergurulah Walaupun Anda Seorang Guru

Ramai yang ambil mudah dengan belajar Al-Quran. Tidak kira siapa kita, susah kadang-kadang hendak rendahkan diri mencari guru untuk membetulkan bacaan. Nabi Muhammad SAWA sendiri berguru dengan Jibril AS demi memastikan ketepatan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Amat memalukan pula bila ada agamawan, guru-guru Al-Quran, bahkan para penghafaz Al-Quran yang dipandang tinggi oleh masyarakat kerana kepetahan berbicara dalam hal agama, tetapi tidak mahir dan seringkali cuai apabila mengungkapkan firman Allah SWT. Lebih parah lagi apabila ditolak menjadi imam, bacaannya berada pada tahap GAGAL!

Jadi, seminar ini datang untuk meningkatkan kesedaran, betapa kritikalnya mencari guru Al-Quran, walaupun anda telah pun menjadi guru. Ramai ibu bapa yang sibuk mengupah guru Al-Quran untuk anak-anak tetapi lupa dengan diri sendiri.

Tunggu apa lagi? Segerakan mendaftar di https://bit.ly/seminaralquranbergerak untuk membuka asbab hidayah Allah kepada kita.