Wednesday 2 September 2015

PUBLIC GOLD vs PUBLIC BANK

Ada orang tanya; Public Gold ni ada kena mengena dengan Public Bank tak?

Saya kata tak ada kena mengena. Dia kata, itu perkataan "public"? Saya tanya pernah dengar Public Cab syarikat teksi tu tak? Dia mula senyum.. Bila saya tanya pernah dengar public toilet tak? Dia ketawa berdekah-dekah...

Lepas tu ada jugak orang tanya saya, kenapa saya beli emas dengan Public Gold sedangkan big bosnya bukan Islam?

Saya kata, sebagai pembeli saya melihat penjual mana yang menawarkan pakej terbaik untuk belian saya. Mana-mana penjual yang boleh memberi harga terbaik, pulangan terbaik, spread terbaik, benefit terbaik, insentif terbaik, bonus jangka pendek dan jangka panjang terbaik, maka penjual itulah yang akan saya cari.

Dan dari sudut Shariahnya, penjual dan pembeli tidak perlu beragama Islam. Apa yang penting akad dan transaksinya mesti patuh shariah dan halal.

No comments:

Post a Comment