Wednesday 2 September 2015

EMAS SEBAGAI ASET DAN SIMPANAN INSTITUSI KORPORAT.


Di saat kejatuhan nilai RM berbanding USD, individu boleh mula menyimpan aset serendah 1 gram gold bar LBMA. Institusi dan organisasi juga boleh menjadikan emas fizikal keluaran Public Gold sebagai alternatif kepada simpanan tetap (fixed deposit) mereka di bank-bank.

Kebiasaannya, kadar pulangam yang dijangka dari pelaburan tersebut berlegar di sekitar 3% setahun yang jika dibahagikan dengan 12 bulan, ia hanya bernilai 0.27%.

Saya pernah menguruskan pembelian dan penyimpan emas fizikal oleh sebuah institusi kewangan selama setahun. Dengan jumlah pembelian sebanyak RM3.6 juta, institusi tersebut mendapat banyak kelebihan seperti :

1. Memiliki the most liquidated asset on earth iaitu emas fizikal.
2. Layak menjadi Master Dealer yang memperolehi insentif belian + jualan sebanyak 2.3%.
3. Membeli item terbaik dalam keluarga gold bar iaitu 250 gram kerana spreadnya yang sangat nipis.
4. Mengaut keuntungan dari jualan pada pelbagai peringkat harga.
5. Sempat memusing modal asalnya tadi sebanyak beberapa kali dalam masa setahun hasil platform atas talian Public Gold yang mantap.

Ini semua jauh lebih baik dari pulangan yang dijanjikan oleh bank melalui simpanan tetap. Jadi, sebagai usahawan, anda boleh memikirkan alternatif simpanan sebegini untuk menjana pendapatan.

No comments:

Post a Comment