Wednesday 2 September 2015

EMAS MAKHLUK ALLAH YANG UNIK.

Uniknya makhluk Allah bernama EMAS ialah pada gaya, mutu dan keunggulan. Satu komoditi yang sering dikaitan dengan nilai tidak pernah tidak bernilai. Sebab itu peribahasa melayu mahupun arab mengaitkan nilai waktu seperti nilai emas yang amat-amat berharga.

Uniknya emas ialah pada harga silingnya yang tidak pernah diketahui oleh masyarakat ramai. Uniknya juga kerana padanya ada harga lombong yang tidak memungkinkannya untuk tidak bernilai langsung. Dengan erti kata lain, emas mesti mempunyai nilai.

Uniknya emas kerana ianya mempunyai kitaran. Kitaran ini akan berkitar dan terus berkitar. Jika seseorang pernah membeli pada harga tertentu, selama beberapa ketika harga emas seakan-akan berpusing, seolah-olah kita pernah melalui harga yang sama pada masa lampau. Tinggal lagi cepat atau lambat sahaja.

Emas pernah naik setinggi sekitar RM190 segram pada akhir 2011 dan awal 2012. Jika ada insan yang pernah membeli pada harga RM190, mereka akan beranggapan bahawa mereka telah rugi kerana harga sekarang lebih murah sekitar RM164 segram. Itupun disebabkan kejatuhan nilai RM.

Sebenarnya dengan emas kita tidak akan untung atau rugi jika kita terus menyimpan tanpa menjual. Dan sebenarnya lagi, ada cara untuk memurahkan harga yang dibeli ketika mahal; iaitu dengan cara kita membeli lagi ketika murah. Dengan cara itu kita akan mendapat harga purata yang lebih murah sebenarnya.

Sebagai contoh jika kita pernah membeli segram dengan harga RM190, kita perlu menunggu harga jualan RM191 segram untuk mula menjual semula bukan?

Cuba kita beli sekarang dgn harga RM164segram. RM164 + RM190= RM354. Bahagi dengan 2 nescaya kita akan mendapat harga segram sebenarnya RM177 bukan? Bukankah itu satu penjimatan? Daripada harga RM190 ke harga RM177 segram. Maksudnya kita sudah jimat RM13 untuk segram. Dan dgn belian itu kita malah menambah gram lagi. Dan kita hanya perlu menunggu harga jualan RM178 segram untuk kita mula menjual. Tidak perlu lagi tunggu RM191.

Itulah rahsianya. Rahsia ini hanya kekal sebagai rahsia jika tiada sebarang tindakan. Pilihan di tangan anda. Anda boleh memilih untuk menunggu. Anda juga boleh memilih untuk membeli pada harga yang lebih rendah sekarang dan penantian anda tidaklah akan selama jika anda tidak bertindak; dengan harapan harga akan naik ke paras lebih dari RM190 segram...

Sekarang boleh dikatakan rendah, RM164 segram. Jauh lagi tu nak sampai RM190 segram. RM 178 segram lebih dekat nampaknya.

No comments:

Post a Comment