Wednesday 2 September 2015

WAHAI ANAK MUDA! KUMPUL HARTA DARI SEKARANG.

Saya banyak menerima banyak soalan yang sama daripada pembeli emas di kalangan pelajar :

Apa kita nak buat dengan emas yang kita beli?
Kalau saya nak jual macamana?
Beli emas berapa untung kita?

Wahai anak muda (anak tua pun banyak juga bertanya soalan yang serupa),

Sebagai permulaan, jadikan emas sebagai simpanan. Emas adalah harta. Sama seperti tanah, rumah dan lain-lain.

Biasanya kalau harta, apa yang orang buat? Jual? Tidak... Orang kumpul harta kan? Emas adalah harta. Jadi, kumpul lah. Orang yang kumpul emas akhirnya akan jadi kaya tanpa sedar. Kumpul lah emas sedikit demi sedikit, sesuai dengan kemampuan kita. Supaya akhirnya kita ada berkilogram emas. Itulah sepatutnya mind-setting kita.

Jangan asyik fikir nak buat apa dengan emas. Jangan asyik fikir bila nak jual emas. Kumpul dulu biar banyak.

Soalan untuk orang kaya biasanya :

Berapa buah rumah engkau ada?
Berapa keping tanah engkau punya?
Berapa kilogram emas engkau simpan?

Kan hebat bunyinya tu!

Ubahlah mind-setting wahai orang muda.

Kamu sekarang di alam universiti. Kamu belum lalui lagi alam pekerjaan, alam perkahwinan dan alam lain yang memerlukan komitmen kewangan yang sangat tinggi.

Saya dah lalui semua itu. Betapa menyesalnya saya kerana tidak bermula ketika seusia kamu.

Kumpul harta dari sekarang. Kumpul emas dari sekarang. Kumpul emas bersama Public Gold.

No comments:

Post a Comment