Thursday 4 February 2016

3 POSISI PEMBELI EMAS

POSISI PENYIMPAN EMAS PALING SELAMAT.

Seperti yang kita tahu, dengan emas kita boleh menetapkan posisi kita samada sebagai penyimpan, pelabur atau peniaga.

Dari ketiga-tiga posisi itu, posisi penyimpan adalah paling selamat dan menguntungkan. Ini kerana penyimpan emas membeli emas sebagai aset yang boleh menyelamatkan tunainya dari ketirisan. Mereka tidak mengira harga. Harga naik mereka beli, harga turun juga mereka beli.

Yang penting gram emas mereka bertambah dari masa ke semasa.


POSISI PELABUR EMAS SPREAD MESTI RENDAH.

Pelabur emas memegang prinsip "buy low sell high". Cuma yang pastinya, tiada siapa yang tahu "how low is low and how high is high".

Kita tidak akan tahu sesuatu harga itu tinggi atau rendah kecuali selepas membelinya. Jadi, mulakan pada apa harga sekalipun dan itulah benchmark harga kita.

Spread yang nipis memainkan peranan penting bagi pelabur kerana semakin nipis nilai spread, semakin cepat pelabur boleh menjual dan menjana keuntungan.

Amaun yang dibeli juga mesti besar, barulah berbaloi bila menjual balik bila harga sudah naik. Jika modal kita kecil, lebih baik tukar posisi kepada penyimpan saja.


POSISI PENIAGA EMAS MESTI RAJIN.

Tidak semua orang apabila membeli emas sebagai simpanan atau pelaburan, minat untuk menjadi peniaga emas. Ini kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi dari segala segi :

1. Ilmu mesti banyak.
2. Kawan dan kenalan juga mesti ramai.
3. Masa dan tenaga juga mesti dikorbankan.

Banyak pula syarikat emas yang menawarkan insentif yang tinggi kepada peniaga emas, samada sebagai agen, stokis, wakil dan sebagainya tetapi ia menguntungkan peniaga itu saja.

Sebagai peniaga itu sangat bagus. Tetapi bagi pembeli sudah tentu itu tidak bagus.

Jadi berhati-hati dalam memilih plan perniagaan emas. Biar semua orang gembira. Peniaga emas gembira, penyimpan emas gembira, pelabur emas pun gembira.

Jangan peniaga emas saja tersenyum riang dengan komisyen dan untung yang tinggi. Pelabur pula sakit kepala sebab harga emasnya mahal, lambat pula boleh menjualnya.




Monday 1 February 2016

EMAS BUKAN SEKADAR CERITA SUKA.


Dalam saya giat berkongsi pemahaman tentang emas dan bagaimana sepatutnya kita melihat emas, perlu juga saya berkongsi sesuatu yang mesti anda jauhi dengan emas iaitu Skim Cepat Kaya Emas.
Dengan emas, tiada jalan mudah semudah 4D - Duduk Diam-Diam Dapat Duit - untuk menjana keuntungan. Sekali lagi saya ulang, TIADA JALAN SINGKAT!
Jika anda ditawarkan perniagaan emas yang :
1. Menawarkan pulangan setiap bulan.
2. Menawarkan gandaan gram emas setiap bulan.
3. Return of Investment ROI yang Too Good To Be True.
4. Tiada risiko langsung.
5. Promosi disertai dengan jadual pulangan.
6. Promosi dihiasi dengan bergambar dengan kereta, duit dan seumpama dengannya.
Maka nasihat saya, cepat-cepat DELETE promosi tersebut dari gajet dan memori anda.
Jika anda DEGIL, bersedialah untuk membayar YURAN KEBODOHAN di akhir pelaburan anda.

EMAS FIZIKAL : JUAL PRODUK, JANGAN JUAL INCOME!

Petang tadi saya ditanya oleh seorang newcomer dalam bidang emas ini, apakah yang perlu kita timbang apabila memilih produk dan syarikat emas terbaik?
Saya kata, pilihlah yang menjual produk, bukan menjual income.
Dia bertanya, apa maksud saya?
Saya kata, dengan emas saya hendak tahu berapa harga segramnya, berapa kali harganya dikemaskini, bolehkah dikunci harga, apa itemnya, apa spreadnya, adakah ia bebas gst, adakah ia diiktiraf LBMA, bila masa urusniaganya, bagaimana platformnya, apa syarat jual baliknya, di mana cawangannya, bagaimana model perniagaannya, setakat mana keteguhan syarikatnya...

Saya bukan nak tahu berapa incomenya!

Produk yang baik ialah produk yang membicarakan tentang kelebihannya. Bukan dijaja ke hulu ke hilir berapa incomenya. Saya bimbang jika kita terpesona dengan kecil besar incomenya, hilang langsung tujuan asal membeli emas.
Kita kena ingat, lebih 90% peminat emas adalah pembeli, bukan penjual. So, bila kita cerita kebaikan produk, itu bermakna kita bercerita tentang kebaikan kepada pembeli.
Sebaliknya bila kita cerita tentang income, kita tahu itu kebaikan kepada penjual. Jadi apa ceritanya kepada pembeli?
Akhirnya pembeli keletihan kerana fokus asalnya sudah hilang; dari mengumpul emas sebagai pelindung kekayaan, kepada mengumpul income hasil kempen kepada orang ramai.
Dato' Vida pun tidak pernah tunjuk berapa juta salesnya sebulan. Apa yang ditunjuk? Hanya kebaikan demi kebaikan produk keluaran syarikatnya supaya masyarakat menjadi pembeli "genuine" bukan membeli kerana terpesona dengan income Dato' Vida!

KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD.

Sebenarnya, harga emas yang ditawarkan oleh Public Gold adalah rendah dan mengikut harga emas semasa dunia. Semua pelanggan, tidak kira mereka adalah pelanggan biasa atau dealer akan dapat menikmati harga rendah yang sama. Persoalannya; apa keistimewaan dealer?

1. Dealer akan menikmati diskaun tunai untuk setiap beliannya sendiri atau belian pertama siapa saja yang berdaftar di bawahnya. Diskaun tersebut akan dibayar pada 20hb. bulan berikutnya ke akaun masing-masing. Nilai diskaun pula bergantung kepada tahap dealer. Normal dealer akan menikmati 1% diskaun, Priority Dealer 1.5% diskaun dan Master Dealer pula 2% diskaun. Diskaun sebegini adalah merupakan untung awal bagi pembeli. Ia juga berupaya mengurangkan spread sesuatu item dan menjadikan tempoh menunggu untuk menjual balik dan mengaut keuntungan lebih sekejap.

2. Dealer juga akan menikmati 0.3% tambahan keuntungan daripada harga jualan balik item emasnya kepada Public Gold. Sekiranya pembeli terpaksa menjual balik item emasnya kepada Public Gold pada waktu harga belum "balik modal" maka keuntungan tambahan tersebut boleh bertindak sebagai pendekat jurang antara harga jualan balik dan modal asal pembeli.

3. Diskaun tunai dan keuntungan tambahan sebenarnya tidak diambil dari bayaran harga belian atau harga jualan balik tetapi dibayar oleh Public Gold sendiri. Ini bernakna, setiap kali membuat belian, dealer akan tetap mendapat gram yang setimpal dengan bayaran harga, ditambah pula dengan diskaun tunai sebagai insentif belian.

4. Begitu juga ketika menjual balik item emasnya kepada Public Gold. Public Gold akan membayar mengikut harga semasa dan menambah 0.3% pula daripada harga itu sebagai insentif jualan balik.

5. Selain dari kelebihan seperti yang disebutkan di atas, semua peringkat dealer juga akan menerima insentif sebagai introducer sekiranya ada pelanggan baru yang membeli emas dengan Public Gold dan pelanggan ini diperkenalkan oleh dealer tersebut. Ini sebagai menghargai jasanya memperkenalkan pelanggan baru kepada Public Gold.

6. Dealer juga layak menikmati pelbagai keistimewaan lain yang disediakan khusus oleh Public Gold seperti Pakej Pelancongan, Pakej Kereta dan sebagainya.

Ringkasnya, gelaran dealer bagi Public Gold tidak semestinya digunakan bagi seseorang yang menjual produk Public Gold kepada orang lain. Tetapi ia juga boleh mengambil manfaat untuk beliannya sendiri.

TATACARA MEMBELI MELALUI AKAUN GOLD ACCUMULATION PROGRAM GAP.

Untuk pembelian GAP kali pertama, sila ikut arahan di bawah :

1. Rujuk harga segram terkini di laman web www.publicgold.com.my

2. Darabkan harga segram terkini dengan jumlah gram yang anda ingin beli.

3. Masukkan duit harga emas (RM x GRAM) tadi ke akaun Maybank  5071 3410 4563 Public Gold Marketing Sdn. Bhd atau akaun Public Bank 3167 52 0833 Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

4. Ambil gambar slip transfer/pengesahan transfer.

5. Emelkan gambar slip tadi ke hayati@publicgold.com.my, siti.hajar@publicgold.com.my dan cc ke mkamb8789@gmail.com. Tuliskan nama penuh, nombor IC, no HP dan alamat emel.

6. Tunggu sehingga Public Gold mengesahkan pembelian melalui emel.



Untuk pembelian kali kedua dan seterusnya, sila ikut arahan di bawah :

1. Log in laman web www.publicgold.com.my dengan PG Code dan kata laluan.

2. Periksa harga terkini segram.

3. Masukkan duit harga emas (RM x GRAM) tadi ke akaun Maybank  5071 3410 4563 Public Gold Marketing Sdn. Bhd atau akaun Public Bank 3167 52 0833 Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

4. Ambil gambar slip transfer/pengesahan transfer.

5. Klik butang My GAP.

6. Klik butang Purchase.

7. Klik butang Add New.

8. Klik Gold Accumulation Program.

9. Isikan ruangan yang tersedia.

10. Lapirkan gambar slip transfer/pengesahan transfer.

11. Tunggu sehingga Public Gold mengesahkan pembelian melalui emel.