Saturday 10 October 2015

APA PATUT DILAKUKAN BILA HARGA EMAS NAIK?

Saya ada menerima soalan daripada follower Fanpage Facebook saya Ustaz Emas dan Dinar. Soalannya berbunyi begini :

Assalamualaikum Ustaz.

Sekiranya saya ingin menjual semua emas yang saya beli, adakah berbaloi? Saya perlukan nasihat samada menambah pelaburan atau menjual saja sebab harga emas sedang tinggi sekarang ini. Saya perlukan nasihat pakar.


Jawapan saya :

Faktor utama untuk menentukan samada emas dalam genggaman patut dijual atau sebaliknya ialah posisi pemilik emas.

1. Sekiranya pemilik itu adalah PENYIMPAN dan tiada keperluan mendesak untuk menjual emas miliknya, maka biarkan saja emas itu di situ. Jika ada lebihan tunai, pembelian tambahan adalah pilihan yang bijak kerana penyimpan sentiasa menambah berat emasnya dari masa ke semasa.

2. Sekiranya pemilik itu adalah PELABUR, perlu kepada sedikit kira-kira. Sila perhatikan berapa harga buy back (belian balik) Public Gold dan berapa berat terkumpul sekarang. Adakah berbaloi?
Katakanlah, dengan harga belian balik Public Gold tadi, untung atas segram ialah RM5, maka perlu dikira dengan teliti.

Jika berat terkumpul mencecah ratusan gram, maka sangat berbaloi jika didarab dengan RM5. Jika berat terkumpul kurang dari seratus gram, maka saya fikir ia tidak berbaloi.

3. Sekiranya pemilik tadi posisinya ialah PEDAGANG, maka apa saja kenaikan walaupun RM1 adalah untung yang perlu diambil kira. Apabila menjual, asingkan untungnya daripada modal. Dengan modal tersebut, beli sahaja emasnya sekarang atau tunggu harga emas turun sedikit barulah mula membeli semula.

Asasnya ialah, berat emas memainkan peranan sangat penting. Besar beratnya, besar pula nilai keuntungannya. Jawapan di tangan anda. Harga emas memang ada kenaikannya.

Tetapi situasi kenaikan sekarang bukanlah kenaikan sebenar yang signifikan. Ia adalah kenaikan yang disebabkan kelemahan RM berbanding USD. Secara amnya, harga pasaran emas dunia masih terlalu murah.

11 Oktober 2015.


No comments:

Post a Comment