Sunday 27 December 2015

EMAS : TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Emas seringkali dikaitkan dengan kekayaan. Orang yang menyimpan banyak emas, akan dilihat sebagai orang kaya. Nilainya pula diiktiraf walau di mana negara mana saja kita berada. Umumnya, manusia mengiktiraf emas sebagai berharga.

Ada orang melihat emas sebagai perhiasan. Ada pula yang melihatnya sebagai simpanan. Tidak kurang pula yang melihat emas sebagai instrumen pelaburan yang terdedah kepada untung atau rugi.

Secara dasarnya, emas adalah aset. Sebagaimana kita melihat rumah, tanah dan sebagainya sebagai aset, kita juga perlu melihat emas sebagai salah satu bentuk aset yang boleh kita kumpul. Jika rumah atau tanah memerlukan modal yang sangat besar untuk dimulakan pembelian, emas pula boleh mula dikumpul dengan hanya 1 gram. Yang pentingnya ialah bermula.

Ada orang yang takut untuk menyimpan emas kerana sebab keselamatan. Sebenarnya, apa saja aset yang bernilai akan datang dengan risiko keselamatan. Makin bernilai aset itu, makin tinggi dan pelbagailah risikonya. Sesuai dengan nilainya yang sangat tinggi, emas juga datang dengan risiko yang perlu kita fikir cara mengawalnya.

Ramai orang mahu jadi kaya tetapi seringkali memikirkan kaya itu dari sudut banyak duit saja. Sedangkan sebenarnya duit sangat mudah terdedah kepada inflasi dan susutnilai. Nampak banyak di mata tetapi sangat rapuh dan nipis nilainya.

Belajarlah mengumpul emas dari sekarang. InsyaAllah, semakin lama dan banyak anda menyimpan, semakin terserlah rahsia dan kelebihan emas yang akan anda ketahui.

No comments:

Post a Comment