Monday 1 February 2016

KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD.

Sebenarnya, harga emas yang ditawarkan oleh Public Gold adalah rendah dan mengikut harga emas semasa dunia. Semua pelanggan, tidak kira mereka adalah pelanggan biasa atau dealer akan dapat menikmati harga rendah yang sama. Persoalannya; apa keistimewaan dealer?

1. Dealer akan menikmati diskaun tunai untuk setiap beliannya sendiri atau belian pertama siapa saja yang berdaftar di bawahnya. Diskaun tersebut akan dibayar pada 20hb. bulan berikutnya ke akaun masing-masing. Nilai diskaun pula bergantung kepada tahap dealer. Normal dealer akan menikmati 1% diskaun, Priority Dealer 1.5% diskaun dan Master Dealer pula 2% diskaun. Diskaun sebegini adalah merupakan untung awal bagi pembeli. Ia juga berupaya mengurangkan spread sesuatu item dan menjadikan tempoh menunggu untuk menjual balik dan mengaut keuntungan lebih sekejap.

2. Dealer juga akan menikmati 0.3% tambahan keuntungan daripada harga jualan balik item emasnya kepada Public Gold. Sekiranya pembeli terpaksa menjual balik item emasnya kepada Public Gold pada waktu harga belum "balik modal" maka keuntungan tambahan tersebut boleh bertindak sebagai pendekat jurang antara harga jualan balik dan modal asal pembeli.

3. Diskaun tunai dan keuntungan tambahan sebenarnya tidak diambil dari bayaran harga belian atau harga jualan balik tetapi dibayar oleh Public Gold sendiri. Ini bernakna, setiap kali membuat belian, dealer akan tetap mendapat gram yang setimpal dengan bayaran harga, ditambah pula dengan diskaun tunai sebagai insentif belian.

4. Begitu juga ketika menjual balik item emasnya kepada Public Gold. Public Gold akan membayar mengikut harga semasa dan menambah 0.3% pula daripada harga itu sebagai insentif jualan balik.

5. Selain dari kelebihan seperti yang disebutkan di atas, semua peringkat dealer juga akan menerima insentif sebagai introducer sekiranya ada pelanggan baru yang membeli emas dengan Public Gold dan pelanggan ini diperkenalkan oleh dealer tersebut. Ini sebagai menghargai jasanya memperkenalkan pelanggan baru kepada Public Gold.

6. Dealer juga layak menikmati pelbagai keistimewaan lain yang disediakan khusus oleh Public Gold seperti Pakej Pelancongan, Pakej Kereta dan sebagainya.

Ringkasnya, gelaran dealer bagi Public Gold tidak semestinya digunakan bagi seseorang yang menjual produk Public Gold kepada orang lain. Tetapi ia juga boleh mengambil manfaat untuk beliannya sendiri.

No comments:

Post a Comment