Thursday 4 February 2016

3 POSISI PEMBELI EMAS

POSISI PENYIMPAN EMAS PALING SELAMAT.

Seperti yang kita tahu, dengan emas kita boleh menetapkan posisi kita samada sebagai penyimpan, pelabur atau peniaga.

Dari ketiga-tiga posisi itu, posisi penyimpan adalah paling selamat dan menguntungkan. Ini kerana penyimpan emas membeli emas sebagai aset yang boleh menyelamatkan tunainya dari ketirisan. Mereka tidak mengira harga. Harga naik mereka beli, harga turun juga mereka beli.

Yang penting gram emas mereka bertambah dari masa ke semasa.


POSISI PELABUR EMAS SPREAD MESTI RENDAH.

Pelabur emas memegang prinsip "buy low sell high". Cuma yang pastinya, tiada siapa yang tahu "how low is low and how high is high".

Kita tidak akan tahu sesuatu harga itu tinggi atau rendah kecuali selepas membelinya. Jadi, mulakan pada apa harga sekalipun dan itulah benchmark harga kita.

Spread yang nipis memainkan peranan penting bagi pelabur kerana semakin nipis nilai spread, semakin cepat pelabur boleh menjual dan menjana keuntungan.

Amaun yang dibeli juga mesti besar, barulah berbaloi bila menjual balik bila harga sudah naik. Jika modal kita kecil, lebih baik tukar posisi kepada penyimpan saja.


POSISI PENIAGA EMAS MESTI RAJIN.

Tidak semua orang apabila membeli emas sebagai simpanan atau pelaburan, minat untuk menjadi peniaga emas. Ini kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi dari segala segi :

1. Ilmu mesti banyak.
2. Kawan dan kenalan juga mesti ramai.
3. Masa dan tenaga juga mesti dikorbankan.

Banyak pula syarikat emas yang menawarkan insentif yang tinggi kepada peniaga emas, samada sebagai agen, stokis, wakil dan sebagainya tetapi ia menguntungkan peniaga itu saja.

Sebagai peniaga itu sangat bagus. Tetapi bagi pembeli sudah tentu itu tidak bagus.

Jadi berhati-hati dalam memilih plan perniagaan emas. Biar semua orang gembira. Peniaga emas gembira, penyimpan emas gembira, pelabur emas pun gembira.

Jangan peniaga emas saja tersenyum riang dengan komisyen dan untung yang tinggi. Pelabur pula sakit kepala sebab harga emasnya mahal, lambat pula boleh menjualnya.




No comments:

Post a Comment