Monday 4 January 2016

BELI EMAS KEJAR GRAM ATAU BELI EMAS KEJAR BONUS?

Post yang ditulis setahun yang lalu ini diambil dari akaun facebook saya ketika harga segram emas keluaran Public Gold ialah RM142. Harga terkini segram pada hari ini pula ialah RM166.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seperti yang saya pernah katakan, apa yang penting dengan emas akhirnya ialah berapa gram yang berjaya kita kumpul dan berapa RM yang kita habiskan untuk membeli emas. Makin banyak gram dengan sedikit RM adalah yang paling untung. Dengan lain perkataan, mengapa bayar lebih untuk gram yang kurang?
Pagi ini saya terpanggil untuk menulis satu perbandingan antara produk emas Public Gold dengan pesaing terdekat. Saya tidak suka untuk membandingkan kerana beranggapan apabila seseorang telah memilih samada Public Gold atau syarikat lain, dia telah membuat keputusan berdasarkan kajian yang mendalam.
Tapi, demi untuk kebaikan bersama - dan jika perbandingan saya ini silap, maka terpulang kepada anda - saya kongsikan juga secara ringkas.
1. Ramai yang seringkali menjadikan alasan harga sebagai mampu atau tidak mampu milik. Tahukah anda semua, harga yang ditawarkan oleh Public Gold adalah jauh lebih murah dari harga syarikat-syarikat lain?
Untuk perbandingan, harga jualan terendah yang ditawarkan oleh Public Gold hari ini ialah RM166 untuk item 1 gram. Manakala untuk item yang lebih besar seperti 250 gram, harga terkini ketika tulisan ini dikemaskini ialah RM161 sahaja segram. Harga segram untuk gold bar 100 gram hanya RM163.
Harga pesaing terdekat untuk item 1 gram  ialah RM172 segram. Bezanya ialah RM8 lebih mahal. Manakala untuk item 100 gram pula harganya ialah RM165.8. Sekali lagi ianya RM2.80 lebih mahal.
Jadi di mana untungnya membeli dengan pesaing terdekat Public Gold ini? Anda hanya membayar lebih untuk gram yang sama iaitu 1 gram.
Nanti saya akan ceritakan, kenapa anda mesti membayar lebih.

2. Ramai juga yang sering kelabu mata dengan BONUS yang ditawarkan pesaing terdekat. Beli dengan Public Gold tiada bonus, beli dengan pesaing terdekat akan ada bonus.
Samada anda sedar atau tidak, bonus yang dibayar kepada anda hanya akan anda nikmati sekiranya ada orang yang membeli melalui anda. Dengan erti kata lain, bila anda membeli, upline anda akan merasai bonusnya.
Persoalannya; dari mana duit diambil untuk membayar bonus kepada anda dan upline anda?
Jika kita memahami, kenapa kita perlu membayar harga yang lebih mahal untuk membeli hanya 1 gram, maka sudah tentu kita mengerti, sebenarnya bonus itu datang dari duit kita sendiri. Kita sanggup membayar dengan harga yang lebih, semata-mata untuk upline kita mendapat bonus belian. Sungguh menyedihkan! Padahal bonus itu dipusing dari duit kita sendiri, ataupun diambil dari duit belian downline kita. Bukankah ini satu bentuk manipulasi?
Sebagai perbandingan, pesaing menawarkan pakej permulaan RM380 untuk menjadi ahli. Apa yang anda dapat?
1. 1 gram gold bar bukan LBMA
2. Keistimewaan membeli sebagai ahli - RM174 segram.
3. Bonus yang sebenarnya diambil dari duit anda atau downline anda sendiri.


Dengan RM380, apa yang anda akan dapat dengan PG?
1. Jika harga segram ialah RM166 x 2 gram = RM332 sahaja. Anda dapat lebih segram, anda jimat lebih kurang RM50!
2. Tiada istilah harga istimewa ahli atau stokis. Harga  RM166 segram adalah lebih kurang RM8 lebih murah dari harga stokis pesaing terdekat iaitu RM172 atau harga ahli RM174.
3. Bonus? Tiada istilah bonus dengan Public Gold. Jika ada pun, insentif jika anda membeli sebagai dealer. Itupun tiada kena mengena dengan harga emas yang anda bayar. Anda dapat gram yang senilai dengan RM yang anda bayar.
Kalau masih BONUS yang dipersoalkan, anda boleh membeli 1 gram gold bar LBMA keluaran Public Gold dengan harga pesaing terdekat. Sebagai contoh, harga RM166 segram anda bayar RM172. Kemudian, anda cabut RM8 daripada harga itu dan anggaplah itu bonus anda setiap kali belian.
Tidak perlu bayar RM380 unneccessarily. Tidak perlu beli sebagai ahli. Tidak perlu. Tidak perlu. Tidak perlu.
Saya pernah mengulas panjang tentang bagaimana cara promosi menentukan apa sebenarnya yang cuba dijual oleh seorang penjual.
Sebagai contoh, seorang penjual gandum akan sedaya mungkin menceritakan kebaikan gandumnya supaya orang ramai tertarik. Sama juga dengan peniaga emas, beliau akan cuba menyenaraikan 1001 kelebihan emasnya supaya pembeli akan tahu tujuan sebenar membeli emas adalh untuk mengumpul emas.
Tapi kalau promosinya adalah, berapa income yang dia dapat, berapa bonus yang berjaya dikumpul, ditunjukkan statement buku akaun banknya, maknanya anad fikir sendirilah apa sebenarnya yang mahu dijual, apakah produknya.
Sebab akhirnya saya ingin bertanya sekali lagi; anda beli emas untuk kejar gramkah? Atau anda beli emas untuk kejar bonuskah?
Tidak semua orang yang membeli emas mahu mengejar sales, bonus dan untung. Lebih 90% pembeli emas membeli sebagai penyimpan. Dengan plan perniagaan yang sebegini, ia memang baik untuk penjual. Tapi apa yang pembeli genuine dapat? Emas yang kurang dengan harga yang lebih?
Tepuk dada, tanya akal... Selamat berfikir.

No comments:

Post a Comment