Showing posts with label Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan. Show all posts

Monday, 1 February 2016

EMAS BUKAN SEKADAR CERITA SUKA.


Dalam saya giat berkongsi pemahaman tentang emas dan bagaimana sepatutnya kita melihat emas, perlu juga saya berkongsi sesuatu yang mesti anda jauhi dengan emas iaitu Skim Cepat Kaya Emas.
Dengan emas, tiada jalan mudah semudah 4D - Duduk Diam-Diam Dapat Duit - untuk menjana keuntungan. Sekali lagi saya ulang, TIADA JALAN SINGKAT!
Jika anda ditawarkan perniagaan emas yang :
1. Menawarkan pulangan setiap bulan.
2. Menawarkan gandaan gram emas setiap bulan.
3. Return of Investment ROI yang Too Good To Be True.
4. Tiada risiko langsung.
5. Promosi disertai dengan jadual pulangan.
6. Promosi dihiasi dengan bergambar dengan kereta, duit dan seumpama dengannya.
Maka nasihat saya, cepat-cepat DELETE promosi tersebut dari gajet dan memori anda.
Jika anda DEGIL, bersedialah untuk membayar YURAN KEBODOHAN di akhir pelaburan anda.

EMAS FIZIKAL : JUAL PRODUK, JANGAN JUAL INCOME!

Petang tadi saya ditanya oleh seorang newcomer dalam bidang emas ini, apakah yang perlu kita timbang apabila memilih produk dan syarikat emas terbaik?
Saya kata, pilihlah yang menjual produk, bukan menjual income.
Dia bertanya, apa maksud saya?
Saya kata, dengan emas saya hendak tahu berapa harga segramnya, berapa kali harganya dikemaskini, bolehkah dikunci harga, apa itemnya, apa spreadnya, adakah ia bebas gst, adakah ia diiktiraf LBMA, bila masa urusniaganya, bagaimana platformnya, apa syarat jual baliknya, di mana cawangannya, bagaimana model perniagaannya, setakat mana keteguhan syarikatnya...

Saya bukan nak tahu berapa incomenya!

Produk yang baik ialah produk yang membicarakan tentang kelebihannya. Bukan dijaja ke hulu ke hilir berapa incomenya. Saya bimbang jika kita terpesona dengan kecil besar incomenya, hilang langsung tujuan asal membeli emas.
Kita kena ingat, lebih 90% peminat emas adalah pembeli, bukan penjual. So, bila kita cerita kebaikan produk, itu bermakna kita bercerita tentang kebaikan kepada pembeli.
Sebaliknya bila kita cerita tentang income, kita tahu itu kebaikan kepada penjual. Jadi apa ceritanya kepada pembeli?
Akhirnya pembeli keletihan kerana fokus asalnya sudah hilang; dari mengumpul emas sebagai pelindung kekayaan, kepada mengumpul income hasil kempen kepada orang ramai.
Dato' Vida pun tidak pernah tunjuk berapa juta salesnya sebulan. Apa yang ditunjuk? Hanya kebaikan demi kebaikan produk keluaran syarikatnya supaya masyarakat menjadi pembeli "genuine" bukan membeli kerana terpesona dengan income Dato' Vida!

Wednesday, 2 September 2015

JUAL MIMPI DAN IMPIAN.

Pagi ini makan pagi bersama pakar menjual mimpi dan impian. Beliau pernah aktif dan berjaya dengan beberapa skim cepat kaya bertopengkan MLM yang pada hakikatnya tidak mempunyai barang pun untuk dijual. Akhirnya beliau - walaupun berjaya - telah menanggung hutang bank berjumlah ratusan ribu. Namanya telah diblacklisted dan akaunnya telah difreeze.
Menurut beliau, skim-skim begini hanyalah mimpi-mimpi indah, berselindung di sebalik pendapatan berpuluh ribu ringgit sebulan. Walau begitu, manusia tetap manusia. MLM datang dan pergi, MLM wujud dan lesap, tetap juga tidak mengambil pengajaran. Semuanya gara-gara 4D.
Duduk diam dapat duit!

KEMPEN ORANG BERNIAGA.

Dalam apa keadaan pun, apabila kita hendak menjual "barangan" milik kita dalam pasaran terbuka yang melibatkan persaingan, kita sentiasa mempunyai pelbagai pilihan cara kempen :
1. Ceritakan kebaikan barangan kita.
2. Ceritakan keburukan barangan orang lain.
3. Guna sentimen bangsa dan agama.
Slogan yang paling banyak diguna oleh orang Melayu ialah "Melayu kena tolong orang Melayu".
Melayu kena tolong Melayu ini sangat subjektif. Kalau beli barang harga yang sama, insyaAllah saya utamakan kedai melayu. Kalau barang sama, harga kedai cina lebih murah, maka "cerdiklah" saya jika saya tetap membeli di kedai Melayu yang harganya lebih mahal.
Jadi, sentimen bangsa dan agama ini kena tengok keadaan la. Ada orang yang dah habis "modal" dah nak kempen kebaikan barangan sendiri, maka diserangnya pula keburukan barangan orang lain. Paling kritikal, kalau buat 2 benda tadi barangnya tak laku-laku jugak ialah ; guna "modal" bangsa dan agama.

PSIKOLOGI ORANG BERNIAGA.

Biasa kita melihat pelbagai iklan. Banyak juga iklan bagaimana menjana pendapatan. Secara kasarnya, tiada pendapatan lumayan yang boleh dihasilkan tanpa usaha yang keras. Ada kerja, ada pendapatan.

Saya ingin berkongsi 1 tip dan trick bagaimana anda boleh membuat penilaian awal samada perniagaan itu benar-benar wujud atau ianya sekadar permainan wang semata-mata?

Jika iklan itu lebih banyak mempromosikan barangan atau perniagaan, maka insyaAllah keuntungannya terhasil dari penjualan barangan.

Jika iklan itu lebih banyak menunjukkan wang masuk ke dalam akaun, maka kemungkinan besar keuntungannya terhasil dari pusingan modal tunai para pelabur.

Pilihan di tangan anda. Andaian saya ini mungkin salah. Tapi biasanya begitu.